![]() |
| Restoran Royal India di Hotel DoubleTree by Hilton, di Kuala Lumpur. |
SEBUT saja tentang rempah ratus, pasti akan terfikir tentang makanan masyarakat India. Rempah memang sinonim dengan kaum India kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan makanan mereka menggunakan rempah dalam masakan.
Bagi penggemar makanan India yang kaya dengan pelbagai rempah ratus dan herba, pelbagai makanan eksotik dan menarik boleh dinikmati di Restoran Royal India.
Restoran yang baru beroperasi ini menawarkan pelbagai jenis makanan India yang menarik.
Antara makanan menarik yang ditawarkan kepada pengunjung ialah tandoori jhingga, dum beriani, murgh angaar dan nehari.
Tidak ketinggalan sajian berasaskan roti seperti tandoori khazana dan palak paneer yang dihidang bersama ayam dimasak secara klasik dan dimakan bersama bayam yang dimasak bersama keju dan krim.
Selain itu rasai juga keenakan kari kambing yang dimasak dengan ramuan yang kaya dengan herba dan kashmiri masala yang menggunakan isi ikan tanpa tulang dimasak dengan teliti menggunakan herba yang mempunyai rasa seperti pedas dan masam.
Menu ini dilengkapkan lagi dengan sayur kacang bendi goreng pedas ala masala. Lagi sempurna menu ini apabila dimakan bersama nasi yang dimasak dengan kacang hijau segar.
Setiap sajian pasti akan membuatkan anda terasa seolah-olah berada dekat dengan negara India lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian warna menarik yang dipersembahkan dalam setiap sajian.
Setiap menu adalah kombinasi daripada ramuan semulajadi India yang akan membuatkan anda akan terus mengingati ramuan klasik ini.
Untuk sajian pencuci mulut, Royal India menyediakan manisan Gulab Jamun iaitu campuran susu bersama sirap perisa mawar dan buah pelaga.
Restoran ini mula beroperasi pada pukul 11.30 pagi sehingga 11.30 malam. Untuk sebarang tempahan mahupun ingin menikmati kelainan masakan india apa kata anda berkunjung ke Royal India Restauren yang terletak di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: