Sunday, February 20, 2011

Ainul Aishah dah berpunya




AMBOI, patutlah berseri-seri wajah Ainul Aishah sejak kebelakangan ini. Rupa-rupanya dah ada teman lelaki baru yang mengisi kekosongan hatinya.

Bukan apa, baru-baru ini ada kiriman gambar yang memaparkan kemesraan

Ainul dengan seorang lelaki muda ini. Risik punya risik memang sah itu merupakan kekasih Ainul sekarang.

Gambar yang Syed terima ni dirakamkan semasa pelancaran kedai Tutti Frutti milik keluarga Ainul di Bangi, Selangor kira-kira sebulan yang lalu.

Bila Syed telefon Ainul untuk bertanyakan kesahihan gambar yang diterima itu, dia tak menafikan perkara tersebut.

“Dia memang kekasih saya. Nama dia Ben dan berasal dari Perlis. Kami sebenarnya dah lama berkawan. Cuma baru tahun lepas kami mula rapat.

“Memang dia lelaki yang baik dan penyayang. Sebab itu saya suka berkawan dengan dia. Kira memang selesa bila berada bersamanya,” kata pelakon utama drama bersiri Begitukah Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 ini.

Di sebalik itu semua, kata Ainul dia cukup gembira bila francais Tutti Frutti yang dimiliki keluarga mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

“Memang saya gembira kedai kami dikunjungi ramai orang. Bukan sahaja jualan yang menggalakkan tetapi jualan kedai baru kami antara yang tertinggi di setakat ini,” kata Ainul.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: