Saturday, February 12, 2011

Acha rindu menyanyi


ACHA SEPTRIASA


MEMANTAPKAN karier di dunia lakonan, Acha Septriasa kembali berlakon dalam filem berlatar belakang kemerdekaan dan berkisah tentang Presiden pertama Indonesia, Sukarno atau Bung Karno. Acha mengakui bangga terbabit sama dalam filem tersebut, sementelah dapat berlakon dengan banyak pelakon hebat yang lain.

"Saya bangga kerana dapat berlakon dengan pelakon hebat seperti Titi Sjuman, Dian Sastrowardoyo dan Mariana Renata," katanya yang mengaku menjadi lebih bersemangat kerana tiga pelakon wanita hebat tersebut.

Sementara itu, saat ditanya tentang album baru, mantan kekasih Irwansyah itu mengaku masih belum mempunyai sebarang perancangan. Ini kerana dia mahu memberi fokus terhadap pengajiannya dan memiliki ijazah pada akhir tahun ini.

Tetapi dia mengaku begitu rindu terhadap dunia nyanyian. Malah kalau ada tawaran membuat persembahan, dia tidak kisah soal harga lagi kerana hanya mahu melepaskan rindu menyanyi.

"Saya sangat rindu untuk menyanyi. Jadi berbanding dulu sewaktu ada album dan lagu hit, bayaran persembahan memang mahal.

"Sekarang, saya tidak kisah. Kalau ada jemputan menyanyi dengan harga yang tidak mahal, saya akan ambil jika ada masa terluang untuk melepaskan rindu menyanyi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: