Monday, January 10, 2011

LTAM mampu kendali Boeing 737


MOHD. ALI (tiga dari kiri) menyambut kedatangan H.M Rusli (empat dari kiri) dan rombongannya dengan persembahan silat di Batu Berendam, Melaka Jumaat lepas.


MELAKA – Walaupun masih banyak syarikat penerbangan tidak menggunakannya, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini sudah teruji dan berkemampuan untuk mengendalikan pesawat jenis Boeing 737.

Buktinya, pesawat Boeing 737-500 milik Riau Airlines yang membawa 124 penumpang membuat pendaratan sulung Jumaat lalu di LTAM.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemampuan LTAM mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737 akan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan luar untuk menggunakan LTAM.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik buat LTAM apabila berjaya mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737.

“Secara tidak langsung, LTAM akan membawa perubahan besar bagi mengendalikan penerbangan antarabangsa yang lain,” katanya disini semalam.

Jumaat lalu, pesawat Riau Airlines jenis Boeing 737-500 membuat pendaratan sulung di LTAM yang sebelum ini hanya digunakan oleh pesawat jenis BAE 146-200 dan ATR500-72.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: