Monday, January 10, 2011

Jade Nusantara Stimbot tawar hidangan halal


NAZRIN CHEONG (kiri) dan kakitangannya bersama set hidangan stimbot yang ditawarkan di Jade Nusantara Stimbot, Chemor baru-baru ini.


IPOH - Anda sedang mencari kelainan dalam menu makanan anda hari ini? Apa kata ke Jade Nusantara Stimbot di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor untuk menikmati set hidangan stimbot halal pada harga yang cukup berpatutan.

Menurut pemiliknya, Nazrin Cheong Abdullah, sebanyak 40 menu stimbot istimewa ditawarkan pada pelanggan dengan pilihan pakej untuk makan berseorangan, berdua atau berkeluarga pada harga di antara RM15.90 sehingga RM49.90.

"Jade Nusantara Stimbot adalah restoran halal pertama seumpamanya di bandar raya Ipoh ini kerana ia turut menawarkan mi ikan dan mi jade yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Tionghua.

"Kesemua bahan mentah untuk restoran ini diperoleh secara segar bahkan produk berasaskan mi didapati daripada pengilang halal di sini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: