Monday, January 10, 2011

Gotong-royong bersih sekolah selepas banjir


Shaifuddin Mohd. Nor SEBAHAGIAN pelajar SK Bukit Tadok membersihkan bilik darjah di Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU – Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadok dekat sini diberi cuti sehari semalam apabila sekolah mereka masih dipenuhi lumpur dan laluan ke sekolah masih ditenggelami air.

Namun, sebagai persediaan untuk sesi persekolahan hari ini, beberapa kakitangan sekolah bersama ibu bapa dan pelajar dengan dibantu beberapa anggota tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat bergotong-royong membersihkan sekolah itu.

Turut serta dalam program itu ialah Ahli Parlimennya, Mohd. Nor Othman serta Pegawai Pelajaran Daerah, Shafruddin Ali Hussin dan pengetua sekolah berkenaan, Razawi Mohammad.

Menurut Shafruddin, sekolah berkenaan sudah ditenggelami air sejak Jumaat lalu dan mulai surut lewat petang kelmarin namun kerana atas faktor keselamatan, pelajar diberikan cuti sehari.

“Sebahagian besar pelajar juga tidak dapat pergi ke sekolah kerana air banjir masih menghalang laluan mereka untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: