Monday, January 10, 2011

Fasha cetus kontroversi berbikini di Bali


GAMBAR Fasha (kanan) yang dipetik daripada Internet yang menunjukkan dia memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia.


KUALA LUMPUR - Pelakon Fasha Sandha memulakan tahun 2011 dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet.

Sebanyak enam keping gambar percutiannya tersebar dengan empat daripadanya menampilkan Fasha hanya memakai bikini dengan menyarungkan pario berwarna hijau muda.

Difahamkan Fasha bercuti bersama beberapa rakan wanitanya di pulau peranginan tersohor itu sempena sambutan tahun baru selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...