jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Sunday, February 28, 2010

Rebut jenazah

KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu.

BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu.
BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu.
Difahamkan, keluarga terbabit mendakwa kanak-kanak itu adalah anak kepada suspek dan merekalah bertanggungjawab untuk menguruskan pengebumian mangsa.


Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.


Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.


Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.

Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi.


Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.


“Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya.


“Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya.


Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu.

Sasaran ‘hidung belang’

KUALA LUMPUR: Awet muda, masih bergetah dan memiliki tubuh gebu. Kalangan artis pertengahan 30-an dan 40-an ini yang dikatakan mengamalkan petua tertentu, termasuk berunsur tradisional, terus ligat dalam industri hiburan tanpa berasa bimbang dengan ancaman artis generasi baru.

pix_middle

Apa rahsia mereka kekal cantik, bergetah dan mengancam, masing-masing mempunyai rahsia tersendiri, tetapi menolak penggunaan botox, kolagen dan suntikan vitamin C untuk awet muda.


Bagi Zarina Zainuddin, dalam usia 40 tahun, dia tergelak bila membaca Facebook miliknya apabila beberapa lelaki bukan saja mahu menggatal tetapi berhasrat melamarnya.


“Di Facebook ada gambar terbaru saya. Nak dijadikan cerita, kerana gambar itu, beberapa lelaki nakal mula menggatal dengan kata-kata memuji mata saya cantiklah, bibir seksilah dan pelbagai lagi.


“Cuma saya menyampah ada yang terus terang menyatakan, best kalau saya jadi ‘bini’ dia. Saya hairan kerana saya tidak pernah sorok status saya, bermakna mereka tahu saya isteri orang dan saya pula bukan artis berusia 20-an atau 30-an, tetapi masih ada lelaki yang nak menggatal,” katanya.

Bagi Zarina, rahsia kejelitaannya terpelihara barangkali kerana amalan bangun pagi, minum air suam sebaik bangun tidur selain makan makjun Bonda Basah Special yang dibuat oleh ibunya.


“Masa bujang saya sudah bangun pagi, tetapi sejak berkahwin suami mengajar saya bangun awal, biasanya jam 6 pagi saya terjaga. Tidak perlu kunci jam, apatah lagi anak saya sekolah pagi.


“Sebaik terjaga daripada tidur dan tanpa berus gigi, saya minum air suam untuk mencuci perut. Saya tidak banyak rahsia menjaga diri, cuma amalkan makan makjun Bonda Basah Special sekian lama,” katanya.


Bagi Zarina, artis wanita berusia 40-an mempunyai pelbagai cara untuk menjaga kecantikan.


Implikasinya jelas, Zarina masih diberi peranan penting dalam drama, di mana ketika ini dia sibuk menjalani penggambaran drama Senja Permai arahan Roslan Husin sebanyak 68 episod.


“Bila artis wanita usia pertengahan 30-an dan 40-an seperti saya terus diberi watak penting, ia perkembangan sihat untuk artis generasi saya bersaing dengan artis generasi baru,” katanya.


Sementara itu, dalam tempoh 37 hari lagi, Noralbaniah Raffie akan mencecah usia 41 tahun.

Yang mengejutkannya, malah membuatkannya ketawa ketika hadir di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini, ada wartawan menyapanya apakah dia pelakon baru.


“Terkejut ada, nak tergelak pun ada bila wartawan itu meneka usia saya antara 20-an dan awal 30-an.


“Ada juga hikmah saya gemar pakai baju imej remaja hingga usia saya pun sukar dijangka tetapi bila ada yang bertanya, saya lebih suka berterus terang usia saya bakal menjangkau 41 tahun April ini,” katanya.


Noralbaniah yang juga bintang filem Adik, Sekreteris, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir, mula menjalani hidup sendiri sejak 15 tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.


“Anak gadis saya kini berusia 16 tahun dan sukar saya menidakkan bila ada anak remaja, saya seperti kembali menjadi seperti dia. Sebabnya saya berbual pun mengikut caranya, macam kawan,” katanya.


Noralbaniah berkata, ketika menyertai rombongan Profima (Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia) ke Jakarta Disember lalu, ada pengarah filem sana tercengang bila mengetahui usia sebenarnya.


“Saya beritahu pernah berlakon di samping Rano Karno pada hujung 1980-an dan kata mereka tempoh itu cukup lama tetapi saya seperti tidak berubah.


“Saya tidak tahu nak putihkan badan atau suntik botox, cuma saya tidak suka susah hati, itulah amalan saya sejak hidup tanpa suami,” katanya.


Bagi dramatis Anne Abdullah yang cuma tinggal dua tahun mencecah 40 tahun, rahsia artis wanita 40-an masih mengancam bergantung kepada apa diamalkan.


“Jika tiada penggambaran atau sebulan sekali, Anne akan menjalani rawatan badan di Spa selama empat jam. Rawatan di Spa penting kerana faham sajalah, kulit jadi hitam jika berlakon di bawah terik mentari.


“Sebagai artis, tidak elok jika kulit nampak berkerak. Amalan lain saya lakukan ialah setiap jam 7 pagi, saya berenang di kolam renang pangsapuri selain makan pil sampingan, terutama herba,” katanya yang kini sibuk berlakon teater Antara di Istana Budaya.


Dia yang berstatus ibu tunggal sejak 17 tahun lalu hairan ada VIP memburunya konon mahu bekerjasama dengan syarikat produksinya, Alphanium Sdn.Bhd.


Kata Anne, biasanya apabila berurusan dengan lelaki seperti itu, pertemuan kali pertama nampak kecenderungan untuk serius dalam bisnes.


“Namun tiba mesyuarat kedua ia sudah babitkan perasaan, lalu saya akan jauhkan diri.


“Cuma dalam usia begini apabila masih ada lelaki yang cuba menagih sesuatu, terfikir juga saya apa yang mereka mahu daripada artis seperti saya,” katanya yang memiliki anak gadis berusia 17 tahun.

>Tiada suntikan botox

KUALA LUMPUR: Walaupun berusia 40-an, mempunyai seorang anak dan bergelar janda, populariti Maria Farida sebagai pelakon bukan lagi asing di kalangan masyarakat.
Pelakon yang membintangi filem Senario The Movie: Episod 2 — Beach Boys, My Spy dan kini hangat dengan telefilem Aliff Firdaus itu kekal jelita dan diakui masih bergetah.
Maria yang sudi berkongsi rahsia kejelitaannya berkata, dia bersyukur dengan anugerah diberikan Tuhan.
“Setakat ini saya belum terfikir untuk melakukan rawatan moden seperti suntikan botox atau vitamin C. Saya lebih percayakan kecantikan dalaman.
“Kecantikan luaran saja tidak bertahan lama kerana akan hilang dengan sendirinya apabila sudah tua.
“Kecantikan dalaman yang saya maksudkan adalah hal berkaitan dengan hati kita. Apabila hati bersih, tiada hasad dengki, saya percaya kecantikan kita akan berkekalan,” katanya yang tidak mengamalkan petua tertentu berkaitan hal kecantikan.
Menurutnya, yang dia lakukan ialah sentiasa pastikan mendapat tidur yang cukup dan jaga pemakanan.
Dia bukan jenis yang suka berhabis dalam hal kecantikan.
“Saya bukan suka buat rawatan muka. Jika berbelanja hal berkaitan kecantikan sekalipun, saya tumpukan kepada rambut. Jika tidak terbabit dengan penggambaran atau acara tertentu, saya lebih selesa dalam keadaan tidak bersolek. Keluar rumah pun hanya memakai baju T, seluar jeans dan selipar,” katanya.
Begitupun, bagi Maria, jika terbabit dengan penggambaran, dia menitikberatkan hal kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki dan selepas itu lebih selesa jadi diri sendiri.
“Saya akui apabila berada dalam bidang ini (lakonan) saya perlu jaga kecantikan kerana kita cari makan dengan penampilan kita.
“Sebelum terjun dalam ‘dunia glamor’, penampilan saya seperti tomboi. Namun apabila masuk dalam bidang peragaan ketika berusia 16 tahun, saya mula mengambil berat mengenai kecantikan,” katanya.
Apapun, dia berkata, kadangkala kecantikan dimiliki turut mendatangkan masalah.
Justeru, Maria perlu jaga diri dan yang penting, jangan gedik.
“Jika cantik dan pandai jaga diri, insya-Allah selamat. Saya kena ganggu dengan lelaki sebab status saya sebagai artis dan mereka fikir artis senang ditundukkan.
“Mereka nak pergunakan artis dan tumpang glamor, tapi saya tak suka semua itu,” katanya yang turut mengatakan susah hendak berjumpa lelaki yang melayan artis seperti manusia biasa.
Maria berkata, seperti manusia lain, artis juga mempunyai perasaan.

Suami isteri bersama ke liang lahat

KUALA ROMPIN: Allahyarham Bilal Mahmud, 29, sangat gembira apabila isterinya, Siti Khatijah Ismail, 27, dapat bertukar ke sini awal bulan depan tetapi hasrat mereka untuk tinggal serumah tidak termakbul, sebaliknya dikebumikan dalam satu liang lahad.

 TERKOPAK... kereta  Perodua Myvi merempuh belakang sebuah lori di kilometer  63.8 Jalan Ibam - Rompin berdekatan Kampung Bangkung kelmarin.
TERKOPAK... kereta Perodua Myvi merempuh belakang sebuah lori di kilometer 63.8 Jalan Ibam - Rompin berdekatan Kampung Bangkung kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke Kampung Jenglau Empat, di sini, selepas menjemput isterinya di Alor Gajah, Melaka.


Difahamkan, ibu dan isteri Bilal meninggal dunia di tempat kejadian manakala dia mati ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Rompin.


Abang sulung Bilal, Sa’aid Mahmud, 40, berkata adiknya terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke Melaka setiap hujung minggu untuk mengambil isteri yang bekerja sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Alor Gajah, Melaka.


“Dia sering berulang ke sana menjemput isterinya untuk pulang ke sini atau ke rumah mentuanya di Pengkalan Chepa, Kelantan sejak setahun mereka berkahwin,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di kampung berkenaan di sini, semalam.

Menurutnya, Khatijah yang mengandung empat bulan anak sulung dijadualkan mula bertugas di Kolej Komuniti Kuala Rompin pada 1 Mac ini dan pada hari kejadian Bilal menjemputnya pulang ke kampung.


Arwah anak keenam daripada tujuh beradik dan lebih mesra dipanggil Ateh di kalangan ahli keluarga terdekat.


“Sebelum ini dia hanya tinggal berdua bersama ibu di rumah pusaka peninggalan arwah ayah selain isterinya yang pulang sekali-sekala pada hujung minggu.


“Namun apabila isterinya dapat bertukar ke sini, arwah sangat seronok dan gembira, tambahan pula bakal menerima anak pertama pada tahun ini,” katanya.


Sa’aid berkata, dia tidak menyangka tragedi ini akan berlaku memandangkan arwah sempat menghubunginya sebelum kejadian kira-kira jam 3.40 pagi dan berhasrat untuk berjumpa apabila sampai di kampung.


“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung manakala arwah masih di Alor Gajah dan sebelum arwah bertolak pulang, dia sempat menghubungi isteri saya dan memberitahu akan berjumpa kami keesokannya (hari kejadian).


“Sebelum itu saya hairan apabila arwah yang boleh dikatakan kelakar tapi lembut membahasakan dirinya ‘aku’ ketika bercakap melalui telefon dengan saya, sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini, namun saya menganggap ia hanya gurauan semata-mata dan tidak terlalu memikirkannya.

“Ketika sampai di kampung kira-kira jam 6.30 pagi saya sempat berehat dan hanya mengetahui berita sedih itu kira-kira jam 9 pagi selepas diberitahu adik,” katanya yang tinggal di Kota Damansara, Kuala Lumpur.


Menurut Sa’aid, lima kali solat jenazah diadakan berikutan terlalu ramai kenalan menziarahi mangsa sebelum ketiga-tiga jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenglau Empat, di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.


Dia pasrah dan reda dengan kejadian yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya dan menganggap kejadian itu adalah ketentuan Allah.

Perangai binatang

KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.

SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak  selepas pengkebumian  di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.

“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.


“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.


“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.


Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.


“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.


Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.


“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.


Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.


Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.


>Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.


“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Amuk cuaca





Kejadian El Nino Modoki celarukan cuaca dunia, penyebab bencana alam

KALI pertama masyarakat Malaysia mendengar perkataan El Nino kira-kira 14 tahun lalu, iaitu ketika El Nino yang disifatkan paling teruk melanda negara dan rantau ini. Ia menyebabkan jerebu, kemarau dan kepanasan melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

Ketika itu, ramai yang ketawa dan mempersendakan namanya biarpun ia jelas mencetuskan kebimbangan pihak terutama saintis, pakar kaji cuaca dan alam sekitar dunia. Kali ini El Nino muncul lagi. Amukannya menyebabkan cuaca dunia tidak menentu dan tempoh yang sepatutnya disifatkan stabil sebaliknya terus dilingkari keadaan kemarau, banjir dan ribut salji.


Lebih membimbangkan, menurut pakar kaji cuaca, El Nino akan terus bertambah buruk bagi tahun-tahun mendatang. Fenomena El Nino yang muncul setiap dua hingga tujuh tahun di selatan Pasifik, menunjukkan tanda-tanda cuaca dunia sudah semakin celaru. Apa tidaknya, kesannya boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam di seluruh dunia, merosakkan tanaman bagi dua tahun berturut-turut dan menimbulkan kekecohan dalam pasaran komoditi dunia.

Menurut pakar kaji cuaca dunia, tahun 1997-1998, adalah El Nino terburuk dicatatkan dalam tempoh 150 tahun. Malah kejadian El Nino pada 1998 menyebabkan kerugian melebihi RM15 bilion di seluruh dunia dengan Malaysia saja mencatat kerugian hampir RM1 bilion.

Sebelum peristiwa 1997-98, El Nino yang paling teruk dicatatkan pada 1982-83, dalam tempoh 100 tahun, membawa bersamanya cuaca buruk yang mendatangkan kerosakan di 15 negara, dianggarkan kerugian pada AS$13 bilion (RM37.7 bilion) dan membunuh 2,000 orang.

KEADAAN cuaca panas pada awal pagi di Lebuhraya Persekutuan di ibu negara, Isnin lalu.

Tahun ini, fenomena yang sama kembali berulang, namun saintis menjangkakan kali ini tidak seteruk 1997-98 kerana ia dikategorikan sebagai El Nino Modoki, iaitu kategori sederhana.

Ketua Seksyen Analisis Cuaca, Pusat Penyelidikan Atmosfera di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat, Dr Kevin E Trenberth berkata, fenomena El Nino kali ini tidak seburuk 1997-98 tetapi hampir menyamai fenomena pada 1982-83.

"Itu sebab di sesetengah negara seperti Australia, ada kawasan yang hujan lebat dengan ribut yang boleh membawa banjir dan sebahagiannya pula kering, begitu juga beberapa kawasan di Tahiti dan Amerika Selatan yang mengalami ribut dan banjir," katanya.

Pakar kaji cuaca tempatan, Profesor Dr Fredolin Tangang yang juga Profesor dan Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika, UKM, berkata El Nino yang dialami sekarang disebabkan kehadiran El Nino yang bermula sejak Jun tahun lalu. Ia kini ia berada di fasa puncak dan mula menurun yang diramal berakhir April nanti. Namun, El Nino kali ini boleh dikatakan dalam kategori lemah atau sederhana.

KEBAKARAN hutan di Seri Gombak merebak hingga menghampiri kawasan perumahan.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1, Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, corak peningkatan suhu di lautan pasifik ini mengkategorikan El Nino kali ini kepada jenis 'El Nino Modoki'. 'Modoki' adalah perkataan Jepun yang bermaksud serupa tetapi berbeza. El Nino jenis biasa menunjukkan peningkatan suhu permukaan laut maksimum di bahagian timur Lautan Pasifik dan bukan di bahagian tengah.

"Apabila El Nino Modoki berlaku kesannya lebih dirasai di Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak pada musim puncak iaitu Januari hingga April. El Nino 'biasa' membawa impak yang lebih kuat di Sabah dan Sarawak pada musim ini berbanding Semenanjung," katanya.

Selain Malaysia, kesan yang sama atau lebih teruk dirasai di negara lain sama ada di rantau ini dan benua lain di lautan Pasifik. Di Filipina, El Nino memberi kesan kepada 100,000 petani di wilayah utara, tengah dan selatan Mindanao yang terbabit dengan industri tanaman padi dan jagung di negara berkenaan.

Jabatan Pertanian negara itu, menganggarkan tanah seluas 4,643 hektar untuk sawah padi dan 8,900 hektar jagung terjejas teruk akibat cuaca panas dan musim kemarau kesan El Nino. Kerajaan itu menjangkakan pengeluaran beras menurun kepada 800,000 tan apabila musim tuaian untuk suku pertama tahun ini menurun sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu dengan 7.25 juta tan.

Di Indonesia pula dijangkakan lebih banyak kebakaran hutan akan berlaku selain meningkatkan aktiviti pembakaran terbuka selepas musim menuai berakhir bulan depan.

Awal bulan ini, kira-kira 50 negeri di Amerika Syarikat terus diliputi salji walaupun sepatutnya musim sejuk sudah pun berada di penghujungnya. Seorang penyelidik Universiti Oklahoma, berkata kejadian semua negeri Amerika dilanda salji pada masa ini sememangnya pelik. Ini kerana kebiasaannya, awal Februari hanya 40 atau 50 peratus wilayah negara itu yang bersalji.

Di China, cuaca sejuk dan salji tebal berlaku di tengah dan timur negara berkenaan awal tahun ini. Keadaan cuaca melampau terburuk sejak 16 tahun lalu, menyebabkan kerugian ekonomi berjumlah 311 juta yuan (RM140.5 juta) di wilayah tengah Hubei dan Hunan.

Apakah El Nino boleh dikesan jauh lebih awal? Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, misalnya menyatakan pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik `terkunci' kepada keadaan El Nino.

Pakar kaji cuaca dunia percaya amaran awal fenomena cuaca boleh dikeluarkan 14 bulan sebelum El Nino melanda negara di sekitar lautan Pasifik dan memberi kesan kepada cuaca di benua Afrika dan Eropah.

Pada masa ini, saintis hanya mengeluarkan amaran fenomena berkenaan beberapa bulan sebagai persediaan kepada petani dan nelayan yang terkesan teruk daripada fenomena berkenaan.

Malah, ramalan atau jangkaan yang diberikan saintis atau pakar kaji cuaca sering tersasar sejak kebelakangan ini apabila tidak sama dengan keadaan sebenar fenomena berkenaan berlaku. Mereka percaya, perubahan cuaca global mempengaruhi fenomena El Nino dan keadaan cuaca yang lain.

Pakar Kaji Cuaca di Institut Penyelidikan Perubahan Global di Yokohama, Jepun, Takeshi Izumo percaya amaran kehadiran El Nino boleh dikesan lebih awal berdasarkan perubahan yang berlaku di Lautan Hindi.

Perubahan El Nino pertama kali dikenal pasti pada tahun 1999 dan ia dikesan berlaku setiap dua tahun sekali, malah, analisis rekod cuaca 1981 hingga 2009 mendapati bahawa ketika apa yang disebut Indian Ocean Dipole berada dalam fasa "negatif" iaitu dengan air panas di barat dan dingin di timur - maka peristiwa El Nino di Pasifik akan berlaku pada tahun berikutnya.

El Nino dan Malaysia

  • El Nino yang dikawal oleh Lautan Pasifik. Walaupun Malaysia begitu jauh daripada lautan itu tetapi ia masih boleh memberi kesan kepada negara kerana Malaysia terletak di kawasan benua maritim di tengah, antara dua lautan besar iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam keadaan normal, kawasan ini mempunyai tekanan udara rendah berbanding di bahagian timur dan tengah Lautan Pasifik.

  • Kelembapan udara akan bertumpu ke kawasan ini dan ini merancakkan proses perolakan dan pembentukan awan. Bagaimanapun, apabila El Nino berlaku, pemanasan di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menyebabkan tekanan di kawasan ini menjadi rendah berbanding di kawasan rantau benua maritim.

  • Ini menyebabkan kelembapan akan bergerak ke bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadikan atmosfera di kawasan kita kering, stabil dan proses perolakan yang minimum. Imej satelit terkini menunjukkan kawasan di rantau benua maritim termasuk Malaysia kurang berawan berbanding di bahagian tengah Lautan Pasifik.

  • El Nino adalah fenomena semula jadi berskala besar akibat interaksi lautan dan atmosfera dan tiada teknologi yang boleh menghalang fenomena ini. Kekerapan ia berlaku adalah sekali dalam dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun kegiatan manusia terutama corak guna tanah boleh meningkatkan lagi impak fenomena ini.

  • Kegiatan manusia juga menerusi pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global juga boleh mempengaruhi corak dan kelakuan El Nino.

  • Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik menjadi `terkunci' kepada keadaan El Nino.

  • Negara pernah mencatat suhu tertinggi 41.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di negara ini. Namun, sejarah catatan suhu tertinggi itu masih kekal.

  • Catatan cuaca kini yang paling tinggi ialah antara 34 hingga 36 darjah Celsius dan masih dianggap fenomena biasa setiap Februari hingga Mac, setiap tahun.


INFO: El Nino
  • Dinamakan anak Jesus dalam bahasa Sepanyol (El Nino bermakna `The Boy' atau `The Child' (budak lelaki)) kerana ia mencapai puncak kuasanya sekitar perayaan Krismas.
  • Nelayan ikan bilis Peru sudah arif benar dengan fenomena El Nino (Christ Child) kerana ia memuncak sekitar sambutan Krismas. Tangkapan mereka menurun kerana air laut sejuk di perairan Peru menyebabkan ikan bilis berpindah ke kawasan lain.

Tak mahu 50 tahun sengsara!


EKSPRESI ceria Maya cuba untuk menyembunyikan duka pada sidang media baru-baru ini.


SEPERTI garuda yang datang menyambar, segala manis yang dikecap melalui alam cintanya yang baru terbina dirampas tiba-tiba. Memendam luka sendirian, kini Maya Karin tidak mampu bersembunyi lagi. Lalu dia hadir untuk berkongsi kebenaran walaupun ia sesuatu yang cukup menyakitkan.

“Ia! Memang benar kami sedang dilanda masalah. Masalah yang cukup menyakitkan diri kami untuk menghadapinya,” demikian kata Maya.

Pertemuan pada petang Rabu, memang saya melihat banyak kabut pada wajah jelita Maya. Wajah yang sebelum ini sentiasa menghantar pesona, meskipun masih cuba untuk tersenyum itu kelihatan cukup berserabut.

Tidak seperti selalu, garis gusar dan keletihan berselirat disebalik kelopak mata, riak rawan bersenandung disebalik pipi cembungnya, sekali pun cuba disembunyikan sebalik kuntum senyum manis.

“Sesungguhnya ia menekan perasaan. Saya cukup sedih kenapa dalam usia pernikahan yang masih mentah, kami diuji sebegini,” kata Maya melontar kesal, pun dalam senyum yang sedikit sumbing.

Mengakui bahawa dia dan suaminya, Steven David Shorthose, sedang diuji, menurut Maya dia perlu berterus terang dan tidak menyimpan rahsia sendirian agar masyarakat tidak membuat andaian sendiri.

Justeru, dia sanggup ke depan dan menjelaskan kepada pihak media akan kebenaran meskipun ada rasa malu yang tebal untuk mengakui kepincangan rumah tangga yang baru saja terbina pada Ogos 2009 itu.

Bukan untuk menceritakan punca sebenar masalah itu berlaku atau mencari salah sesiapa, cukup sekadar berterus terang seadanya. Apa yang boleh dikongsi, Maya sudi berkongsi tetapi kalau ditanya soal punca sebenar disebalik ‘perselisihan faham’ itu, biarlah ia menjadi rahsia.

“Saya hanya mahu mengatakan memang rumah tangga kami sedang bermasalah. Punca masalah itu biarlah saya rahsiakan. Ketika ini kami sedang dalam peringkat mencari ruang untuk memperbaiki hubungan.

“Saya percaya masih ada harapan untuk ia diselamatkan dan kami mencari itu,” katanya sambil kedua-dua tangan tergenggam, bahasa badan yang menceritakan bagaimana dia sebenarnya sangat berusaha mencari penyudah membahagiakan.

Menyentuh mengenai kesediaan untuk berterus terang soal pedih yang ditanggungnya, Maya mengatakan dia bukan bertujuan untuk menjaja kisah peribadi.

“Umum pun tahu saya bukan jenis suka cakap personal. Tapi dalam masa yang sama saya tak suka sorok atau berselindung, saya tak suka tipu pihak lain sebab saya ada hubungan yang baik dengan media. Saya ceritakan semua ini supaya media tidak mendapatkan berita dari sumber tidak sah, nanti lagi kecoh. Risau juga kalau benda ini masih boleh diselamatkan akan jadi tak dapat diselamatkan pula,” katanya.

Hanya kami yang bersalah

Tidak membabitkan orang ketiga. Itu fakta penting yang mahu disampaikan Maya. Kalau ada anasir sumbang yang mengaitkan nama si polan, si polan sebagai punca krisis rumah tangganya, dakwa Maya ia hanya andaian belaka.

Apa pun takdir buruk yang terjadi hari ini, pengalir haba atau suis puncanya adalah daripada dia dan suaminya sendiri.

“Saya boleh katakan masalah ini berpunca daripada diri kami sendiri. Hanya kami berdua yang bersalah, tiada kaitan dengan orang lain. Sungguh, tiada pihak ketiga terlibat baik dalam hidup saya mahu pun dia (suami),” katanya.

Ketika saya bertanya, adalah punca utamanya kerana perbezaan ‘dunia’ mereka berdua, Maya tidak dapat menafikannya.

Dia mengaku akhirnya setelah menikah, dunia artis yang didiami dan dunia sebagai pendidik yang didiami suami adalah dunia yang berbeza sama sekali. Nah! Di situlah mereka sukar mencari titik temu.

“Dulu semasa dating kami tak nampak semua itu. Semua nampak yang indah saja. Tetapi selepas berkahwin, duduk serumah, berkongsi semua perkara, barulah tahu bahawa dunia saya dan dia banyak sangat perbezaan.

“Selepas setahun lebih pernikahan nampaknya kami belum bertemu titik penyatuan itu, sehingga hari ini kami masih mencari” katanya lagi.

Bersedia untuk ‘itu’

Banyak artis yang berhadapan dengan masalah rumah tangga hanya berdiam diri, tidak berani tampil untuk menceritakan perkara sebenar.

Sebaliknya Maya seperti sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan apabila dia mengakui keadaan yang sedang dilaluinya.

Timbul andaian, apakah Maya memang nekad dan bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan seandainya pendedahan yang dibuat ini bakal memburukkan lagi keadaan?

Tambahan pula, amat jarang (maaf, hampir tidak ada sebenarnya) artis yang berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka, sementelah setelah dijadikan isu di media.

“Saya tahu perkara macam ini boleh berakhir dengan ‘cerai’, tetapi buat masa sekarang saya cuba untuk mengelak perkara itu daripada terjadi. Sungguh!,” katanya.

Tanya saya lagi, bagaimana kalau pada akhirnya Maya akan menjadi lelah dan tidak mampu lagi berusaha mempertahankannya? Apakah dia sudah bersedia untuk kembali solo, kehilangan status sebagai seorang isteri? Bersediakah Maya?

Dengan nada cukup perlahan, tetapi tegas, begini jawabnya:

“Dalam usaha ini, sudah tentu saya tidak mahu sengsara selama 50 tahun. Saya juga percaya bahawa ini hidup saya dan saya berhak mencari bahagia. Kalau kami boleh lalui perkara ini dan menyelesaikan masalah bersama-sama, Alhamdulillah.

“Tetapi kalaulah ditakdirkan ‘itu’ (cerai) berlaku, saya sudah bersedia. Saya perlu bersedia,” katanya lagi seolah-olah cuba untuk menyalurkan ion positif ke minda sendiri dalam mendepani segala kemungkinan dan takdir hidup.

Kepada Maya, saya pasti masih ada sinar yang baik berselindung di sebalik kabus. Carilah, galilah, selagi terdaya dan termampu.

Pun pada saat-saat diri sudah penat, hati sudah nekad, belajarlah untuk tidak menipu diri sendiri.

Maya Karin, doa untukmu. Semoga ketemu apa yang dicari!

Magika yang magis


SUNTIKAN teknik CGI yang digunakan berjaya menjadikan Magika begitu ‘cantik’ sekali.


FILEM Magika terhasil daripada himpunan cerita mitos, kepercayaan dan pantang larang yang menjadi pegangan masyarakat Melayu dahulu kala. Ia mengetengahkan keunikan budaya orang Melayu yang sarat dengan pengajaran dan mesej tersendiri dalam situasi lebih menghiburkan.

Sehingga ke hari ini, tiada penerbit filem yang mampu mengumpulkan budaya Melayu dalam bentuk hiburan muzikal yang istimewa. Ia meliputi skrip yang mudah, lakonan mantap dan jalan penceritaan yang jelas.

Alasan yang diberikan adalah kebanyakan filem muzikal sebegini amat sukar dan renyah. Banyak kerja yang perlu dilakukan terutama memasukkan elemen muzik yang bersesuaian. Filem Qabil Khusry Qabil Igam yang ditayangkan 2007 lalu adalah antara contoh filem yang pernah menampilkan unsur sedemikian.

Bagaimanapun dalam Magika, kelainan terletak pada penyampaian muzik yang dilampirkan bersama dialog. Setiap pelakon perlu menyanyi sambil melakonkan watak sendiri.

Dicampur pula dengan elemen kemelayuan yang ada pada setiap plot cerita menjadikan Magika kelihatan begitu hebat. Apatah lagi dengan suntikan teknologi perfileman iaitu imej penjanaan komputer (CGI) menjadikan filem buah tangan KRU Studios Sdn. Bhd. (KRU Studios) benar-benar menakjubkan.

Secara keseluruhan, Magika yang penuh dengan elemen romantik, komedi dan kasih sayang memberi nafas baru buat industri perfileman tanah air yang dahagakan pembaharuan.

Ini kerana selama ini kita dihidangkan dengan pelbagai genre yang tipikal tetapi Magika membuka mata tentang kebolehan anak Melayu menghasilkan filem setanding dengan filem antarabangsa.

Pengarah dan penulis skrip, Edry Abdul Halim berjaya menterjemahkan pantang larang secara baik dan tersusun tanpa meniru sebarang filem dongeng klasik Barat seperti Alice in Wonderland atau Jumanji.

Katanya, setiap babak mempunyai pengertian dalam konteks budaya Melayu sendiri seperti jangan membuang air kecil di pokok tanpa memberi kebenaran dan perlu menghormati orang lebih tua daripada kita.

‘‘Saya juga mahu menghidupkan watak yang diambil dari kisah dongeng seperti Puteri Gunung Ledang, Mahsuri, Hang Tuah, Nenek Kebayan, Awang Kening dan Puteri Santubong agar penonton merasa lebih dekat dengan karektor yang dilakonkan oleh pelakon,’’ katanya.

Dunia

Magika mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Malik (lakonan Fimie Don) yang merajuk dengan kakaknya, Ayu (lakonan Diana Danielle). Malik secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sebuah perigi yang terus membawanya ke dunia Magika.

Ayu nekad menyelamatkan Malik yang berada di bawah dasar perigi itu walaupun sering bertengkar dengan Malik. Di sinilah bermula penjelajahan Ayu yang menempuh pelbagai rintangan untuk menemui semula adiknya. Ayu bernasib baik kerana diselamatkan oleh Badang (lakonan Mawi). Selain itu, Ayu juga bertemu dengan Bunian (Maya Karin), Bawang Merah (Sharifah Aleya) Bawang Putih (Sharifah Amani), Orang Minyak (Nabil Raja Lawak), Makcik Halia (Adibah Noor), Pak Pandir (Aznil Hj. Nawawi), Mak Andeh (Raja Azura) dan Penunggu Gua (M. Nasir).

Magika mengumpulkan lebih 20 artis popular tempatan dengan 14 buah lagu. Antara lagu itu adalah Penyembuh Rindu, Senyummu Lagi dan Kehilangan nyanyian Mawi dan Diana Danielle.

Selain itu, terdapat juga nyanyian Maya Karin dalam lagu Gebang, Baik Kau Pulang Segera (Aznil Hj. Nawawi, Diana Danielle, Raja Azura), Siapa Lebih Berkuasa (Mawi, Ziana Zain, Fimie Don, Diana Danielle) dan Kita Bersaudara (KRU).

Justeru, nantikan sahaja kemunculan Magika yang bakal menemui penonton tidak lama lagi di pawagam terdekat.

KD tinggal di rumah RM 700,000




KRISDAYANTI kini tidak lagi tinggal di rumah lamanya di Kebayoran Baru, Jakarta Selatan yang pernah didiaminya bersama mantan suaminya Anang dan dua anak mereka Aurel dan Azriel.

Rumah mewah tersebut kini sepi mungkin kerana Krisdayanti mahu melupakan kenangan yang pernah terpahat di situ.

Rumah baru KD itu berharga kira-kira RM700,000. Rumah mewah tiga tingkat itu terletak di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Rumah itu memiliki dua bilik di tingkat atas dan satu lagi di tingkat bawah. Manakala tingkat dua adalah ruang tamu dan ruang makan. KD dikhabarkan mula menduduki rumah tersebut pada bulan Ogos 2009 yang lalu.

Walaupun telah memiliki rumah baru, KD dikatakan jarang berada di rumah. Mungkin seminggu sekali sahaja KD terlihat berada di rumah tersebut. Jika KD ada di rumah tersebut pasti lampu depan dan kereta mewahnya akan kelihatan. Cuma ibu KD sahaja yang sering datang ke rumah tersebut.

Menurut satu sumber, Raul Lamos iaitu seorang usahawan kaya dari Timor Leste yang dikaitkan ada hubungan dengan KD pernah sekali datang ke rumah tersebut.

Walaupun sudah mempunyai rumah baru, KD masih lagi mengekalkan rumah lamanya. KD dikatakan akan memberikan rumah tersebut kepada dua anaknya iaiti Aurel dan Azriel. Aurel dan Azriel kini tinggal bersama Anang dan Anang juga khabarnya sudahpun membeli sebuah rumah baru untuk didiami bersama dua anaknya itu.

Cerita seorang 'perampas' - Zizi TFC




TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama Zizi, salah seorang anggota The Fabulous Cat (TFC) disebut-sebut setelah dikatakan menjadi perampas kekasih orang.

Dakwaan yang dilemparkan oleh seorang wanita yang mengatakan dirinya merampas teman lelaki wanita lain dan tidak cukup dengan itu pelbagai dakwaan lain turut dihamburkan kepada dirinya.

Gadis yang berusia 25 tahun itu juga didakwa tidak mengendahkan teguran dan nasihat yang diberikan orang terdekat dengannya mengenai lelaki tersebut dan dia tetap mahukan jejaka yang dikenali dengan nama Azhar itu.

Malah wanita yang mengirimkan pesanan dalam laman sosial Facebook itu juga mendakwa Zizi meminta lelaki itu memutuskan hubungan dengan wanita tersebut dan mahu dirinya sahaja dijadikan teman istimewa.

“Dia dengan tebal muka tak malu cakap dengan orang bercinta dengan seorang penari dah ingin bersama dia. Jangan ingat dia nak laki senang je. Dia ada teman wanita. Zizi berasa dia boleh menang hati lelaki ini dan dapat rampas lelaki ini daripada wanita tersebut dan dia nak buat lelaki ini putus dengan teman wanitanya.

“So dia orang tak jadi kahwin. Zizi memang perempuan tak tahu malu dan jenis perempuan murahan. Kalau itu la cara dia nak kan laki ni, Zizi perampas dan Zizi hancurkan hubungan orang lain,” katanya dipetik dari laman sosial tersebut.

Ketika ditemubual baru-baru ini, Zizi ternyata terkejut dengan dakwaan wanita tersebut dan dalam masa yang sama dia menafikan merampas mana-mana lelaki sebelum ini.

“Saya akui saya memang ada berkawan dengan lelaki tersebut dan hubungan kami memang rapat. Kalau nak diikutkan dia masih lagi bujang dan belum berkahwin mahupun bertunang.

“Saya tak nampak di mana relevannya tuduhan yang mengatakan saya menjadi perampas? Kalau

benar apa yang didakwa sila buktikan.

“Saya mengenali lelaki tersebut sejak kami sama-sama menjayakan teater Impak Maksima di lagi. Memang hubungan itu rapat memandangkan kebanyakan masa dihabiskan bersama ketika latihan.

“Bila dah berkawan rapat memang saya akui yang dia ada memberi tahu yang ada wanita lain yang rapat dengannya.

“Saya tak masuk campur hal peribadi dan tidak timbul soal saya menyuruhnya memutuskan hubungan dengan wanita tersebut. Ini memang tidak benar sama sekali,” kata wanita yang berasal dari Sabah ini.

Terkejut

Walaupun sedikit terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan oleh wanita itu, dia juga tidak dapat membendung rasa kesal apabila cerita-cerita negatif sebegini tersebar.

Dalam usia yang masih terlalu hijau menjadi anak seni, Zizi seboleh-bolehnya tidak mahu cerita sebegini terus melatari kerjaya seninya, bimbang tersungkur.

“Entahlah. Saya tak tahu apa yang mereka nak lakukan lagi. Cukuplah saya, lelaki tersebut dan orang-orang terdekat dengan saya tahu apa yang berlaku.

“Apa yang saya boleh katakan, lelaki tersebut memang berkawan baik dengan saya. Kami sama-sama berasal dari Sabah dah sudah semestinya hubungan itu lebih cepat mesra sebab satu negeri.

“Saya tak fikir ia satu kesalahan yang perlu diheboh-hebohkan apabila saya berkawan dengan orang negeri sendiri,” katanya yang kini sibuk mempromosikan single terbaru yang berjudul Cinta Kosmik.

Bercerita mengenai reaksi yang ditunjukkan oleh Cat Farish yang juga selaku ketua kumpulan, Zizi menjelaskan yang Cat ada bertanyakan hal tersebut kepadanya baru-baru ini.

Jelasnya, Cat kurang senang dengan cerita-cerita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu tetapi dalam masa yang sama turut menasihatinya supaya lebih berhati-hati dalam setiap gerak geri.

“Ini harga yang perlu saya bayar apabila menjadi anak seni. Tidak semua orang menyukai kita dan apa yang paling penting saya perlu lebih berhati-hati selepas ini.

“Namun itu tak bermakna saya tunduk dengan tomahan yang dilemparkan. Biarlah apa juga yang mereka mahu katakan. Saya tak peduli.

“Saya akan meneruskan kehidupan seperti biasa, tak ada gunanya melayan, cuma saya akan berhati-hati dalam setiap tindakan bimbang ada yang terasa hati,” katanya.

Selepas Linda lagi deejay akan cabut




Teka-teki kenapa penyampai radio Linda Onn angkat kaki dari Sinar FM dan lari ke Suria FM terjawab akhirnya. Cerita terbaru yang Niezam dengar selepas Linda, ada beberapa nama lagi sedang berusaha nak keluar dari stesen radio di bawah pengurusan AMP Radio Network.

Deejay-deejay Sinar FM, X-FM dan Era FM antara yang sedang menanti tawaran daripada pihak luar yang meminati mereka.

Mengikut cerita yang sampai ke telinga Niezam, punca beberapa deejay stesen radio berkenaan nak angkat kaki disebabkan gaji.

Khabarnya ada deejay yang terkejut apabila mendapat slip gaji dengan upah yang kurang.

Dalam erti kata lain gaji mereka yang berpuluh ribu itu sudah kena potong.

“Apa yang aku dengar gaji deejay radio Era, Sinar dan stesen-stesen lain di bawah Astro tu kena potong. Bukan sikit beb. Hampir separuh juga. Sebab itulah dia orang tak puas hati,” kata sumber itu.

Menurut maklumat tersebut gara-gara tindakan itu ada di antara mereka mengaku tak ada perasaan lagi nak bekerja.

Yalah... Gaji dah kena potong, mestilah mood dah lari.

Tapi sayangnya kebanyakan deejay tak berani nak bersuara. Mereka terpaksa tutup mulut dan simpan perasaan kecewa tu dalam hati saja.

Banyak cakap nanti takut kena buang kerja. Lagi sakit. Nak tak nak, diam sajalah.

Tapi mengikut cerita lain pula, pihak pengurusan terpaksa memotong gaji deejay sebab prestasi deejay yang kurang memberangsangkan.

Selama ini deejay-deejay stesen radio itu antara pekerja yang dapat bayaran termahal berbanding stesen lain. Bila rating semakin jatuh, balasannya ialah potong gaji.

Sejauh mana kebenaran cerita ini tak ada sesiapa yang mahu mengesahkan tetapi tidak mustahil ada lagi deejay akan mengucapkan selamat tinggal dengan stesen radio AMP di bawah Astro itu. Siapakah orangnya... Tunggu la!

NIEZAM: Lari ke Jakarta sekejap makan angin.

Bisnes MIla sudah tutup?




APA yang Joyah perhatikan, setiap kali artis buat bisnes akan sentiasa ada saja masalah. Almaklumlah, bila bukan tahu sangat buat bisnes, macam-macam hal boleh jadi. Orang lain buat bisnes, awak pun nak buat tetapi ilmu tendang terajang dunia bisnes belum cukup. Akhirnya sendiri lingkup!

Banyak artis yang nak bisnes sebab nak ikut orang lain bisnes, walaupun mereka bukan pandai sangat berbisnes. Akhirnya belum cukup ‘haul’ bisnes dah melingkup, sendiri kerugian.

Apa yang Joyah cakap ni bukan tentang Mila tau, tetapi banyak artis lain yang Joyah perhatikan, buat bisnes sekadar hangat-hangat tahi ayam. Okey, kita masuk bab Mila pula yang mengakui dia turut berhadapan dengan masalah bisnes.

Kononnya kata Mila, syarikat bernama Mila LuvCorperation yang baru berusia setahun jagung itu telah difitnah sudah tutup dan tidak lagi beroperasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Yang sebenarnya tiada istilah tutup atau bankrap seperti yang dikhabarkan itu,” tegas Mila dengan setegas-tegasnya.

Tetapi apa yang buat Joyah tertanya-tanya bila Mila cakap dia cukup sakit hati dengan penyebar cerita buruk tentang syarikatnya itu.

Malah kata Mila, dia tahu dan kenal siapa orang yang bertanggungjawab memburukkan nama syarikatnya.

“Dia cuba menjatuhkan nama dan syarikat saya kerana dia adalah bekas pekerja saya sendiri,” kata Mila kepada wartawan pada satu sidang media baru-baru ini.

Wah, Mila pun sudah pandai marah ya. Begitulah artis bila ada sesuatu perkara tak baik dicerita atau ditulis tentang mereka. Mudah sangat anggap orang lain cuba hendak jatuhkan merekalah, busukkan nama merekalah dan macam-macam lagi walaupun tanpa membuat penyiasatan yang rapi. Joyah harap Mila jangan sebarang tuduh, tak baik. Jangan juga anggap semua orang ada niat jahat, kerana adalah lebih baik kalau kita mencari silap dalam diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari menyalahi orang lain.

Bukannya apa, besar sangat ke seseorang artis itu kalau sampai perlu ada orang hendak menjatuhkan mereka? Artis banyak yang kecundang atau tewas dek kerana perbuatan mereka sendiri. Bukan orang lain.

Joyah harap Mila akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan.

Juliza dan seks




PERHATIANNYA adalah kepada ‘seks’. Alamak, biar benar ni. Memang benar dan ia ditulis dalam ruang Facebook penyanyi yang agak berusia empat angka tetapi kelihatan masih ayu jelita bergetah, Juliza Adlizan dalam salah satu bahagian profil dilaman sosialnya itu baru-baru ini.

Juliza yang diketahui kelihatan semakin seksi dan berani, secara terang-terangan mengakui yang kecenderungannya adalah kepada aktiviti hubungan kelamin dalam ruangan Interest di laman berkenaan dalam usianya sekarang.

Hai Kak Julie, menggoda nampak. Tahulah awak masih kelihatan bergetah dan jelita, hal-hal macam itu simpan dalam kain sendiri saja, sudahlah. Malu kalau sampai hal dalam kain pun nak cerita berdedai-dedai. Kalau tak malu kat orang kampung dan peminat pun, malulah kat anak-anak yang sudah semakin besar panjang.

Ingat lagi pesan emak Joyah, tak semua benda yang kita boleh kongsi dengan orang ramai, terutamanya hal dalam bilik tidur. Tetapi memandangkan emak Joyah orang kampung, mungkin pemikiran dia lain sedikit dengan orang bandar macam Juliza.

Barangkali peka dengan keadaan, tidak lama selepas dikomen secara ‘jujur’ oleh media dan peminat, Juliza menarik balik status itu tidak lama kemudian.

Baguslah kalau dia sudah sedar apa yang dilakukan langsung tidak memberi sebarang keuntungan. Kalau sekali pun nak promosi diri semula, bukan itu caranya. Betul tak kakak?

Jangan marah tau teguran Joyah ni, nanti hilang seri.

Que Dodoikan Lagu ‘Tidurlah Permaisuri’ Di Majlis Perkenalkan Ratu

Ratu ketika didukung oleh Que dan Linda semasa majlis memperkenalkan bayi mereka di Bora Ombak, semalam.

WAJAH Tengku Ratu Haidar yang ditunggu-tunggu buat julung kalinya diperkenalkan oleh pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, semalam di Bora Ombak, Ampang.

Menariknya, Que telah mendodoikan lagu Tidurlah Permaisuri nyanyian Allahyarham P. Ramlee dalam majlis kecil yang dihadiri oleh 100 jemputan itu sebagai hadiah untuk puteri sulungnya.

Ratu tidak banyak meragam ketika ramai jurugambar merakamkan gambarnya.

Majlis bermula dengan memasukkan Ratu dalam stroller dan Que menolaknya ke buaian di pelamin yang dihias indah dengan pepatung oleh Cradle ‘N’ All.

“Selepas meletakkan Ratu ke dalam buaian, terus dia tidur. Selepas itu, bila saya bangunkan dia dari tidur, muka dia terpisat-pisat kerana baru bangun tidur. Tetapi bila orang ramai mengambil gambarnya banyak-banyak, dia tidak meragam,” kata Linda kepada mStar Online.

Tambah koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu lagi, majlis yang mendapat tajaan Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak itu bertemakan warna putih, emas dan krim.

Majlis memperkenalkan Ratu eksklusif dengan pepatung dan mahkota yang dihias indah oleh Cradle 'N' All.

“Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar dan hampir semua orang datang memakai pakaian yang mengikut warna tema.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis itu,” beritahunya dalam nada ceria.

Selain nyanyian daripada Que, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian lagu terbaru daripada Dafi dan persembahan tarian yang diketuai oleh koreografer Dayang.

Que mendodoikan lagu 'Tidurlah Permaisuri' semasa majlis itu.

Majlis yang dikendalikan oleh pengacara majlis Sobri Anuar itu turut disertai dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran.

Majlis itu juga tidak lengkap sekiranya tiada juadah tersedia. Kata Linda, Bora Ombak telah menyediakan makanan Melayu seperti nasi putih, lauk-pauk, pulut kuning dan pencuci mulut menyelerakan. Namun, mereka turut bermurah hati untuk membantu menghiaskan tempat itu.

Ramai rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis.

Setiap tetamu yang hadir juga dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.

Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu.

Aleeza Mengaku Cerewet Tentang Bayaran Berlakon

Aleeza Kassim tidak kisah jika ada yang mengatakan dia jual mahal kerana memilih untuk berlakon dalam sesuatu produksi baik filem atau drama

AKTRES ini berani mengutarakan apa yang terbuku di hatinya walaupun beberapa produser tidak menyenangi sikapnya itu.

Bagi model tinggi lampai bernama Aleeza Kassim ini, dia tidak kisah jika ada yang mengatakan dia jual mahal kerana memilih untuk berlakon dalam sesuatu produksi baik filem atau drama.

"Saya tahu memang ada beberapa produser tak suka cara saya tapi saya suka berterus terang. Jika tawaran yang diberikan, tak berapa sen hingga nak beli sehelai baju saya pun belum tentu dapat, buat apa.

"Lebih baik saya tumpukan pada bidang permodelan kerana saya sudah biasa dengan bidang itu. Lagi pun, kerja model tidak seteruk berlakon," jelas peragawati jelita ini.

Aleeza, yang juga model produk Kopi Al-Habsyee, baru pulang dari India menjayakan Karachi Fashion Week selama 7 hari.

Banyak kenangan manis yang dikutip di sana. Pemergian Aleeza ke sana selain mengambil bahagian dalam minggu fesyen dengan menggayakan pakaian rekaan Amir Luqman dan Kirana, dia juga berasa cukup bertuah kerana mendapat ramai kenalan baru.

Tanpa segan silu, Aleeza berkata dia terpesona dengan kecantikan model perempuan dan ketampanan model lelaki dari Pakistan.

"Model lelakinya cukup kacak persis wajah orang Itali. Saya terpegun melihat kekacakan mereka hingga saya memberi pujian sambil mengusap wajah mereka. Saya benar-benar kagum melihat tampannya mereka," jelas Aleeza sambil ketawa kecil mengenangkan telatahnya di Karachi.

Wanita yang mempunyai darah kacukan dari Pakistan ini berkata, ramai juga yang menganggap dia model dari Pakistan dan bukan Malaysia.

"Bila saya buka mulut saja, mereka tahu saya bukan dari sana," katanya.

Malah pereka fesyen Amir Luqman dari Malaysia, juga selalu disebut sebagai pereka dari Pakistan oleh media di sana.

"Wajah Amir Luqman lebih kerap muncul di dada akhbar berbanding saya dan model-model lain dan setiap kali dia diberi kredit sebagai 'pereka fesyen dari Pakistan'.

"Mula-mula ada juga kita tegur wartawan yang buat kesilapan itu tapi lama-lama, kita biarkan saja...," kata Aleeza sambil ketawa.

Aleeza yang sudah menjadi model selama 19 tahun dan memulakan karier sebagai model sewaktu berusia 19 tahun juga, belum terfikir untuk bersara dari bidang ini.

"Alhamdulillah, saya masih diperlukan memandangkan saya masih mendapat tawaran untuk buat kerja peragaan lagi.

"Lagipun, modeling sudah sebati dengan jiwa saya. Saya akan terus jadi model selagi rezeki saya ada...," kata aktres yang pernah membintangi filem XX Ray dan Susuk ini.

Aleeza yang juga pemilik agensi modelling Vogue@Work Sdn. Bhd ini berkata, dia tidak begitu ghairah mengejar tawaran berlakon yang datang.

"Memang saya agak memilih watak yang diberi. Selalunya watak itu perlu sesuai dengan saya dan bayarannya juga mestilah memuaskan," kata isteri kepada Mohd Fauzi Che Rus ini tanpa berselindung.

Jelasnya, "Saya paling tidak suka bekerja dengan penerbit yang berkira dan ingin mengerah keringat tanpa timbang rasa. Bila dah kena sekali, saya akan serik sampai bila-bila..."

Artis Perlu Sedar Facebook Bukan Milik Peribadi - Zed Zaidi

Artis perlu ada kesedaran tentang undang-undang - Zed Zaidi

LAMAN sosial Facebook kini bukan lagi tempat peribadi, segala yang ditulis atau dipaparkan di status Facebook persendirian tidak boleh dikira sekadar suka-suka atau bahan jenaka. Jika perkara tersebut adalah sesuatu yang sensitif ianya boleh diambil tindakan undang-undang.

Golongan artis terutamanya tidak lepas dari mendapat perhatian masyarakat, segala yang dipaparkan di laman sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster, dan Twitter mempunyai pengikut tersendiri.

Jadi secara tidak langsung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di laman-laman sosial tersebut telah melambangkan keperibadian dan imej seseorang artis itu.

Menurut Presiden Exco Seniman Muda, Zed Zaidi, 27, artis Malaysia perlu ada pengetahuan tentang perundangan bagi memberi panduan kepada mereka agar tidak melepasi batasan-batasan yang boleh menimbulkan keburukan.

"Saya percaya ramai artis menggunakan Facebook dan Twitter sebagai tempat mereka berhubung antara satu sama lain, namun mereka juga harus sedar laman sosial itu bukan milik peribadi. Mereka mempunyai pengikut yang sentiasa memantau setiap kenyataan yang mereka paparkan.

"Ramai yang tidak sedar tentang perkara bahawa kenyataan-kenyataan yang mereka post di situ boleh dijadikan sebagai bahan bukti polis.

"Saya rasa artis-artis di Malaysia perlu ada pengetahuan tentang perkara itu, jangan terlalu ghairah atau emosi untuk luah perasaan tanpa memikirkan kesannya," katanya.

Zed juga memberitahu Seniman mempunyai perancangan untuk memberi kesedaran tentang perkara ini agar tidak terus berleluasa.

"Seniman akan memberi nasihat kepada artis tersebut jika berlaku perkara-perkara begini atau mungkin juga perlu diadakan seminar kesedaran. Namun kesedaran dari dalam diri artis itu yang paling penting," ujarnya.

Facebook jangan disalahgunakan - Fahrin Ahmad

Bagi pelakon kacak Fahrin Ahmad, Facebook merupakan lambang imej seseorang artis. Ia boleh membawa kebaikan dan membawa keburukan jika tersilap langkah.

"Secara umum tahu laman sosial sebegini digunakan untuk berhubung antara satu sama lain, bagi artis ini merupakan cara untuk mendekati peminat.

"Namun ramai yang salah gunakan untuk menunjukkan emosi dan kemarahan mereka seperti cerita artis baru-baru ini yang hangat diperkatakan.

"Saya rasa mereka tidak tahu hal tersebut boleh dibawa sebagai bahan bukti di mahkamah kelak. Jadi saya nasihatkan supaya mereka lebih berhati- hati selepas ini," ujar pelakon berusia 31 tahun ini.

Pelakon baru jangan cepat melatah - Shah Jazle

Pelakon Tari Tirana, Shah Jazle, 22 pula berpendapat artis-artis baru seharusnya lebih bersabar dan tidak terlalu berani mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya di tempat terbuka seperti Facebook.

"Saya faham artis baru kebanyakannya mudah melatah. Jadi mereka seharusnya lebih rasional dan banyak bersabar," katanya yang bakal keluar dengan drama bersiri terbaru Atilia.

RTM Sasar Empat Juta Penonton Piala Dunia FIFA 2010

Sempena demam Piala Dunia FIFA 2010, RTM akan menganjurkan program Jerayawara Sorakan 1Malaysia 1 Dunia ke seluruh negara di sembilan lokasi bagi menyemarakkan lagi bahang kejohanan itu

RADIO Televisyen Malaysia (RTM)mensasarkan empat juta penonton akan mengikuti setiap perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2 sepanjang berlangsung kejohanan itu, yang akan bermula 11 Jun ini.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya berkata RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda menerusi TV1 dan TV2 sepanjang kejohanan itu nanti.

"Daripada 24 perlawanan siaran langsung, 20 akan disiarkan di TV1 dan empat lagi di TV2, manakala 11 siaran tertunda pula akan disiarkan di TV1," katanya pada sidang media selepas pelancaran Jerayawara (roadshow) Sorakan 1Malaysia 1Dunia: RTM Penyiar Berlesen Piala Dunia 2010 di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya berkata RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda menerusi TV1 dan TV2 sepanjang kejohanan itu nanti

Beliau berkata hampir semua perlawanan dijadualkan bermula selepas pukul 11 malam (waktu tempatan) dan ia tidak akan menjejaskan siaran waktu prima di TV1 dan TV2 kecuali beberapa perlawanan peringkat awal yang bermula pada pukul 7.30 malam.

Menurutnya sempena demam Piala Dunia FIFA 2010, RTM akan menganjurkan program Jerayawara Sorakan 1Malaysia 1 Dunia ke seluruh negara di sembilan lokasi bagi menyemarakkan lagi bahang kejohanan itu.

Ibrahim berkata menerusi pendekatan itu, peminat sukan bola sepak dapat mengetahui lebih dekat peranan RTM dalam membuat liputan sepanjang berlangsung Piala Dunia FIFA 2010.

"Perlawanan Piala Dunia FIFA ini juga diharap dapat membantu usaha merapatkan hubungan semua kaum ddalam negara," katanya.

Pelbagai program disusun sepanjang pameran dan promosi Piala Dunia FIFA 2010 itu, antaranya ialah pertandingan timbang bola, kuiz FIFA, perlawanan mini futsal antara selebriti RTM dengan artis, persembahan artis popular tanah air dan persembahan indie band.

Lokasi pertama program jerayawara bermula hari ini hingga esok di perkarangan Stadium Nasional Kompleks Sukan Bukit Jalil disusuli lapan lokasi seterusnya iaitu di Jusco Seremban (13-14 Mac), Plaza Angsana, Johor Bahru (27-28 Mac), Gurney Plaza, Pulau Pinang (10-11 April), Green Town Mall, Ipoh (24-25 April) KB Mall, Kota Bahru (1-2 Mei), East Cost Mall, Kuantan (15-16 Mei), Spring Hill, Kuching (29-30 Mei) dan One Utama, Damansara (5-6 Jun).

Sebagai rekod, RTM menjadi penyiar utama Kejohanan Piala Dunia pada tahun 1974, 1978, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, dan 2006.

Hafiz Tiada Niat Ciplak Muzik Video Saya - Sabhi Sadhi

Sabhi tidak mahu besarkan cerita mengenai persamaan muzik videonya dengan Hafiz AF7.

BIARPUN baru sahaja bergelar penyanyi, namun jejaka dari Negeri Di Bawah Bayu ini sudah dipalit dengan cerita kontroversi di sebalik muzik videonya yang bertajuk Nadiku.

Muzik video itu didakwa telah diciplak oleh juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz menerusi muzik videonya, Noktah Cinta.

"Saya sendiri pun tidak perasan, tapi selepas diberitahu oleh beberapa kenalan, saya juga terkejut dengan perkara itu.

"Bagi saya, muzik video kami tidak ada persamaan, tapi jika ada hanyalah ketika penyanyi tersebut menyanyi di hadapan perempuan itu sahaja.

"Mungkin itu secara kebetulan sahaja, saya tidak pernah terfikir muzik video saya diciplak oleh orang lain.

"Malah, penampilan pelakon dalam kedua-dua muzik video itu juga berbeza," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Sabhi, 25, penggambaran muzik videonya telah dilakukan pada bulan Disember 2009 dan siap sepenuhnya pada awal Januari lalu.

"Penggambaran itu hanya mengambil masa sehari di Kajang. Kesemua idea adalah daripada pengarah, Aidil Fitri. Saya cuma memberitahunya yang saya inginkan suasana di hospital dimuatkan dalam plot muzik video itu.

"Selepas papan cerita muzik video itu siap, dia (Aidil Fitri) menunjukkan kepada saya terlebih dahulu.

"Saya berpuas hati dengan ideanya dan berasa seperti dia tahu apa yang saya mahukan dalam muzik video itu," kata Sabhi yang pernah menganggotai kumpulan Esdeco bersama Adam AF.

Sabhi yang tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu menegaskan bahawa persamaan pada kedua-dua muzik video itu hanya satu kebetulan dan mungkin tidak disengajakan.

"Jalan ceritanya juga tidak sama, saya rasa itu hanyalah kebetulan sahaja. Mereka tidak berniat untuk ciplak atau curi idea daripada muzik video saya," ujarnya sambil ketawa.

Sabhi turut menjelaskan dia tidak mahu isu tersebut diperbesarkan kerana ia adalah perkara biasa.

"Saya tidak kisah sangat dengan perkara itu. Apa yang penting sekarang, saya tumpukan pada kerjaya saya," katanya.

Selain itu, Sabhi juga bakal menjayakan konsert "Kau Di Hatiku" pada 9 April ini di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pattinson Berlakon Adegan Ranjang Untuk Dapat 'Scoop'

Aktor kacak ini sanggup membuat aksi ranjang untuk pikat peminat wanita.

AKTOR kacak 'Twilight' akan beraksi ranjang dalam filem Perancis bertajuk 'Bel Ami'.

Adegan filem itu akan dilakukan di sebuah rumah lama di Kent. Bangunan rumah itu akan ditransformasikan menjadi bangunan lama abad ke 19.

"Dalam filem Twilight semuanya pasal emosi tapi untuk filem ini, anda tidak dapat menggunakan imaginasi langsung kerana semuanya akan dipaparkan," kata satu sumber melaporkan kepada The Sun.

Sumber itu berkata,"Semuanya akan dilakukan dengan penuh seni walaupun aksi ranjang itu agak hangat.

"Pattinson tidak pernah melakukan aksi seberani ini dan saya percaya peminat wanitanya akan teruja melihatnya berlakon dalam filem ini."

Bintang lelaki yang mendapat jolokan aktor paling seksi masa kini akan membawa watak seorang wartawan bernama Georges Duroy, yang menggunakan imbuhan seks untuk mendapatkan semua scoop.

Filem ini berdasarkan sebuah novel klasik oleh Guy de Maupassant.

Aktres Uma Thurman akan berlakon dengan Pattinson dalam filem ini.

Rambut Elvis Dilelong Tak Dapat Sambutan

Peminat Elvis tidak teruja untuk miliki sehelai rambutnya

SEHELAI rambut lagenda rock, Elvis Presley gagal mendapat tempat di hati peminat-peminatnya apabila rambut itu dilelong baru-baru ini.

Rambut itu, yang ditempatkan di satu tempat khas atas disket emas, dianggarkan boleh mendapat pulangan USD 960 tapi malangnya ia tidak mencapat matlamat itu.

Orang yang melelong rambut itu adalahs eorang peminat Elvis, berasal dari Gloucestershire, England, berkata dia mendapat rambut itu di satu auction anjuran stesen TV.

Menurut jurucakap tempat lelong, Chorley, "Barangs eperti rambut Elvis sudah hilang popularitinya.

"Antik begini sudah mula tidka mendapat tempat. Ramai yang datang inginkan sesuatu yang lebih serius."

Anak Salahkan Populariti Michael Douglas Kerana Ambil Heroin

Cameron di kanan sekali bersama ayahnya, Micahel Douglas dan datuknya Kirk Douglas

PASUKAN peguam Cameron Douglas, anak aktor terkenal Michael Douglas, menyalahkan familinya yang kucar-kacir sebagai punca anak guamnya terlibat dalam penyalah gunaan dadah.

Dan Gitner, peguambela Cameron cuba meyakinkan mahkamah Manhattan bahawa masalah emosi dan dadah yang dialami Cameron adalah kerana dia tidak mendapat kasih sayang daripada kedua ayah dan ibunya.

Malah pasukan peguamnya menyalahkan kedua ibu bapa Cameron kerana membiarkan saja Cameron hingga dia terjerumus dalam dadah.

"Cameron sejak kecil lagi selalu terlibat dalam perkara yang menyukarkan dirinya seperti kemalangan motor dan kereta.

"Semua ini adalah tindak balas dari kedua ibu bapanya yang meminggirkannya," jelas saksi yang bernama Dr Robert Millman seperti dilaporkan kepada Daily News.

Seorang lagi peguambelanya, Nicholas DeFeis pula berkata, "Cameron langsung tidak mendapat faedah dari status anak selebriti yang dimilikkinya. Disebabkan dia anak seorang selebriti ternama, kes ini mendapat liputan meluas dan dia sebenarnya menjadi 'mangsa keadaan'."

Jika disabit kesalahan kerana mengambil heroin, Cameron akan dihukum penjara 10 tahun dan bulan April ditetapkan sebagai tarikh jatuh hukum.

Madonna Pilih Abbie Bintangi Filem Terbaru Arahannya

DIVA pop, Madonna memilih pelakon dari Australia Abbie Conish sebagai pelakon utama dalam filem terbaru arahannya yang berjudul "W.E".

Filem tersebut mengisahkan hubungan antara Raja Britain Edward VIII dengan Wallis Simpson dan Wally Winthrop seorang wanita yang terlalu obses dengan kehidupan di sebalik istana.

Dalam masa 4 minit sahaja, Madonna memilih pelakon British, David Tennant untuk memegang watak raja tetapi dalam masa yang sama juga, dia telah menukar fikirannya.

Madonna pernah mengarahkan filem "Faith and Wisdom" pada tahun 2008 yang dibintangi Richard E. Grant dan Eugene Hutz.

Filem terbarunya ini bakal ditayangkan pada tahun 2011.

Johnny Depp Mengaku Suka Pakai 'Kilt'

Johnny Deep dalam filem The Pirate of Carribean

JOHNNY Deep mengakui dia gemar memakai kilt (skirt yang dipakai oleh lelaki Scotland) ketika memegang watak Mad Hatter di dalam Filem "Alice in Wonderland" arahan Tim Burton.

Di dalam filem tersebut, watak Mad Hatter digarap sebagai orang Scotland. Deep bagaimanapun memberitahu dia suka babak yang menonjolkan dia memakai skrit yang juga pakaian kebangsaan negara Scotland.

"Saya dapat bermain-main dengan loghat orang Scotland.

"Tim Burton dan saya berbincang mengenai watak Hatter yang menonjolkan kelainan dan lebih lasak terutamanya ketika menggunakan loghat orang Scotland. Bagaimanapun, saya suka memakai skirt dalam filem itu.

Jim Carrey Bergelar Datuk Pada Usia 47

Jim bergelar datuk di usia yang muda

ANAK perempuan pelakon, Jim Carrey, Jane selamat melahirkan bayi perempuan baru-baru ini, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Alex Santana.

Bayi perempuan itu sepatutnya dilahirkan pada 3 March, menurut laporan majalah People.

Penyanyi utama Jane Carrey Band itu bagaimanapun pernah memberitahu yang dia teringin hendak anak lelaki.

"Saya sangat teruja untuk dapat anak lelaki sebab saya tidak berapa gemar melihat anak-anak perempuan dibesarkan," kata Jane.

Namun, Carrey percaya Jane akan menjadi seorang ibu yang hebat.

"Dia akan menjadi ibu yang baik, percayalah..."

Aniston Mengaku Ambil Masa Yang Lama Untuk Dewasa

Aniston mengaku mengambil masa yang lama menjadi dewasa

AKTRES Jennifer Aniston mengaku dia mengambil masa yang lama untuk menjadi dewasa.

"Baru sekarang, saya betul-betul rasa dewasa. Dan fasa yang baru saya lalui adalah yang paling sukar untuk saya," jelas aktres berusia 41 tahun yang bercerai dengan suaminya, Brad Pitt pada 2005.

"Ada yang sudah dewasa pada usia 20an tapi saya memerlukan masa yang lebih lama hingga usia saya 30an untuk jadi dewasa. Menjadi orang terkenal membantut proses kedewasaan saya," katanya kepada the Daily Express.

Jelasnya lagi, "Proses dewasa saya lama dan sukar. Dan ianya sangat mencabar."

Tiq Zaqyah bukan gadis liar

Melihat karakternya menerusi drama Nur Kasih yang penuh dengan ciri-ciri Muslimah sejati, membuatkan ramai yang terpegun sehingga ada yang menjadikannya sebagai idola. Namun, setelah tersebarnya gambarnya sedang bersosial bersama teman-teman di sebuah kelab tidak lama dulu, sedikit sebanyak telah mengubah persepsi orang ramai.

Tidak terhenti di situ, baru-baru ini timbul pula kontroversi pelakon jelita ini merokok dan minum arak. Akui tertekan dengan gosip-gosip liar yang sering melandanya sejak kebelakangan ini, Tiq Zaqyah, berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkannya, sementelah lagi perkara itu tidak berasas dan hanyalah fitnah semata-mata.

Bagi anak jati Kuala Lumpur ini, gosip dan kontroversi adalah sebahagian dari lumrah kehidupan sebagai artis dan dia tidak pernah menyesal dengan jalan yang dipilihnya. Langkah yang terbaik, adalah bersabar dan membiarkan saja perkara itu berlalu.

“Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak cerita buruk tentang saya dan ia memang membuatkan saya tertekan. Tapi semua itu tidak benar dan tak ada bukti pun. Biarlah apa yang orang nak kata tentang saya, tapi saya akan tetap teruskan kehidupan seperti biasa. Dan saya bersyukur kerana keluarga selalu menyokong saya,” katanya yang ditemui ketika penggambaran drama Samarinda, Asmaradana di Ampang, baru-baru ini.

Impak lakonannya sebagai Nur Amina dalam drama Nur Kasih sememangnya sangat berkesan sehinggakan ramai peminat di luar sana yang ingin melihat Tiq Zaqyah seperti Nur Amina dalam drama itu, namun bagi pelakon yang baru mencecah usia 22 tahun, itu hanyalah watak semata-mata dan tak mungkin dia akan menjadi Nur Amina.

“Saya bersyukur kerana dikenali dengan watak itu, tetapi untuk menjadi Nur Amina itu bukanlah diri saya yang sebenar. Mungkin ramai yang masih terpengaruh dengan drama itu, tapi saya percaya, lama-kelamaan mereka akan dapat terima kenyataan dan menerima siapa diri saya yang sebenarnya,” katanya yang tidak menolak untuk bertudung suatu hari nanti.

Menyentuh tentang desas-desus yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan hero drama itu, siapa lagi kalau bukan Remy Ishak, Tiq Zaqyah menjelaskan, mereka hanyalah kawan sahaja.

“Sejak dulu lagi kami memang berkawan saja dan kami rapat pun sebab drama itu. Tapi sekarang, dah lama kami tak berhubung sebab masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama Asmaradana di samping pelakon seperti Puteri Sarah, Iqram Dizinly, Shahizey Sam, Norish Karman, Natasha Hudson dan Rozita Che Wan.

Bercerita tentang drama arahan Feroz Kader itu, Tiq Zaqyah berkata, dia membawa watak sebagai gadis kampung dan ianya ada sedikit kena-mengena dengan dirinya.

“Drama ini juga mengisahkan tentang antara dua darjat. Menerusi drama ini, saya membawakan watak Azizah dan konfliknya bermula setelah saya menetap bersama Pak Cik di kota.

“Sebagai gadis yang berkerjaya, ia memberikan cabaran pada saya kerana buat pertama kalinya saya berlakon bekerja di pejabat. Banyak ‘term’ pejabat dan bisnes yang harus saya gunakan. Mulanya agak kekok juga, tetapi mujurlah pengarah banyak mengajar saya,” katanya yang pernah membintangi beberapa drama seperti Gol & Gincu, Bernafas Dalam Lumpur dan Puaka Topeng Putih.

Simpati pada Maya Karin

Teman simpati pada artis jelita, Maya Karin yang kini sedang berdepan dengan krisis rumah tangga. Pada mulanya, Maya ni keberatan juga nak buka mulut, tapi akhirnya berterus-terang juga. Maya dalam temu bualnya bersama sebuah akhbar (bukan Sinar harian) baru-baru ini, telah mengaku rumah tangganya bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven, 41, kini dilanda krisis.

Menurut Maya, dia sedia hidup menjanda sekiranya krisis yang sedang dihadapi mereka tidak dapat diselesaikan. Tak silap Teman, pasangan ini baru sahaja bernikah pada Ogos 2008 lalu di Itali dan perkahwinan mereka pun atas dasar cinta. Tapi apa nak buat kalau jodoh tak panjang. Apa pun, Teman berharap agar Maya dan suaminya dapatlah mencari penyelesaian agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan!

30 hari proses sijil halal


MASHITAH mendermakan wang ke dalam tabung Gerai DagangHalal.com pada Kempen 1Malaysia 1Halal di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Proses kelulusan permohonan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya mengambil masa kurang daripada 30 hari.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, bagaimanapun permohonan mendapatkan sijil halal tersebut hanya akan diluluskan jika dokumen pemohon lengkap sepenuhnya.

"Kalau mereka (pengusaha) memberikan dokumen yang lengkap, prosesnya tidak melebihi 30 hari dari tarikh syarikat itu memohon," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah 1Malaysia 1Halal di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.

92 kes lif rosak angkara vandalisme


SEBUAH lif di Kuala Lumpur rosak teruk apabila ada pihak membakar motosikal di dalam lif. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Sebanyak 92 kes kerosakan di 420 unit lif di 50 rumah pangsa kos rendah dan sederhana di sekitar ibu negara adalah berpunca daripada perbuatan vandalisme.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr. Johari Basri semasa mendedahkan tabiat buruk penghuni rumah bertingkat itu berkata, kes berkenaan dikesan ketika pemeriksaan yang dilakukan selama tiga hari bermula 22 Februari lalu.

"Antara kerosakan akibat vandalisme ialah kerosakan lantai dan dinding lif sebanyak 17 kes, kerosakan butang kawalan 50 kes dan kerosakan pintu lif 25 kes.

Que, Linda perkenal anak sulung


QUE dan Linda Jasmine bersama Tengku Ratu Haidar pada majlis bersama media di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Buat pertama kali, selepas empat bulan pasangan selebriti terkenal, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau dikenali sebagai Que Haidar dan isterinya, koreografer tarian, Linda Jasmine memperkenalkan anak sulung mereka Tengku Ratu Haidar kepada pihak media pada satu majlis ringkas semalam.

Tengku Ratu Haidar merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup Que dan Linda yang bernikah pada 14 Februari tahun lalu.

Maya makin kurus


KETIKA masyarakat sedang ingin tahu jalan penyudah keretakan pernikahannya, Maya sendiri sedang bergolak rasa. Isteri mana yang hendak bercerai kasih tapi dalam masa yang sama kebahagiaan diri menjadi ukuran.


MENGAMBIL pepatah orang Sweden, berkongsi kegembiraan adalah gembira berganda, berkongsi kedukaan adalah duka yang separuh.

Lalu, Maya Karin datang menyapa dengan fizikal yang semakin kurus namun masih terukir senyuman di wajahnya.

Dia mahu melepaskan sedikit perasaan resahnya yang sudah dikandung sekian lama.

Orang luar sedang enak bercerita dan membuat andaian sendiri akan episod kehidupan seterusnya Maya, hakikatnya tuan punya badan sedang merasa lelah dengan polemik yang melanda dirinya. Minggu ini dia berkongsi separuh kedukaannya dan mengaku berasa lega selepas itu.

Penerangan jelas dan tegas telah diberikan. Tiada orang ketiga yang wujud dan segala kekhilafan datang daripada pengemudi bahtera rumah tangga yang baru dibina sejak 14 Ogos 2008 itu.

Usia setahun jagung sebenarnya tempoh yang benar-benar menguji sesebuah institusi yang baru mengenali sisi hitam dan putih pasangan masing-masing.

"Ini salah kami (saya dan suami) serta tanggungjawab kami," tegas Maya menolak segala cerita orang luar yang datang tidak diundang.

Ikhlas dan menutur kata dengan penuh diplomasi demi menjaga hati dan ketenangan semua pihak, kemunculan Maya menjernihkan hati peminat dan rakan-rakan yang telah mendengar kisah retak rumah tangganya.

Malah lebih tepat, Maya muncul untuk tidak mengeruhkan lagi hubungan antara dirinya dan suami, Muhammad Ali Steven atau nama dahulunya, Steven David Shorthose.

Si suami yang kini berada jauh di luar negara sedia maklum Maya bertemu mata dengan pihak media minggu ini. Namun, sedikit pun Maya tidak melatah membuka pekung di dada dengan memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Entah rajuk siapa yang lebih kuat, Maya enggan membuka mulut.

"Saya tidak menafikan ada keretakan dalam rumah tangga kami namun saya ada hak untuk mencari kebahagiaan.


SAAT bahagia Maya dan Steven semasa meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor pada 29 Ogos 2008.


"Sekarang kami sedang mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga kami," ujarnya yang mahu membayangkan penghujung yang positif tetapi tidak menolak takdir jika dia terpaksa berdepan dengan perceraian.

Mujur ada keluarga yang menjadi bahu kiri dan kanan Maya ketika susah. Bapanya sentiasa mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) buat si anak walaupun dia kini berada di Vietnam.

Ibu Maya pula sudah seakan nampak diri anaknya kembali pada usia lima tahun. Mungkin dia melihat hati perempuan cantik itu serapuh usia itu kini.

Cuma untuk waktu sekarang, Maya sedang bertawakal. Dia mencuba segala kudratnya bagi mencari jalan untuk merungkai kekusutan yang terjadi dalam rumah tangga yang dibinanya bersaksikan Tasik Como, Bellagio, Itali tahun lalu.

Mungkin ada orang di luar sana yang mula berkata: 'Berwajah cantik dan popular tidak menjamin kebahagiaan seseorang'.

Jawapannya mudah, kebahagiaan adalah idaman semua manusia cuma tempoh dan cara mengekalkannya akan berdepan dengan cabaran yang berbeza.

Apa yang mampu khalayak terutama peminat setia wanita berketururan Jerman-Indonesia ini lakukan adalah berdoa agar Maya bertemu kebahagiaan yang dicarinya.

Najwa tak guna nama bapa




DISELAK lembaran industri muzik tanah air, saban hari ada saja pucuk baru yang sedang menghijau.

Seakan benih segar yang bermain-main dengan aliran udara dan simbahan cahaya mentari, sampai waktu yang tepat, ia menjalar naik menjadi sesuatu yang segar dan menyejukkan.

Najwa Muhyiddin sedang naik dengan pantas. Lantunan suaranya mencabar banyak minda untuk mencari siapa pemilik nama ringkas tersebut.

Dia sampai pada waktu yang tepat iaitu ketika umum sedang meneliti dan menghargai bakat baru yang punya identiti tersendiri.

Lebih dekat lagi apabila menyebut tajuk lagu popular milik Maliq (Too Phat). Dihiasi sentuhan suara enak didengar, Kau Yang Punya seakan pengenalan serius suara Najwa buat pendengaran ramai.

Kolej Berklee

Agak malu-malu pada pertemuan awal dengan Sensasi Bintang. Belum terbiasa dan masih mencari alun kata yang sempurna, Najwa galak bercerita tentang aliran seninya.

"Sejak dahulu saya sudah dibiasakan mendengar lagu-lagu lama. Ayah dan ibu memasang lagu-lagu ini kerana minat mereka.

"Lalu, saya pula pura-pura menyanyi dengan kononnya mikrofon di tangan," dia memulakan cerita kenapa wujud pengaruh soul dan jazz dalam langkah seninya.

Menyebut nama-nama hebat seperti Ella Fritzgerald, Jill Scott dan Erykah Badu sebagai penghembus inspirasi dan nadim telinganya, kita tahu dia bukan datang dengan bakat dan jiwa yang kosong.

Berakar umbikan nama seperti itu sudah cukup meyakinkan bahawa minat yang mengalir ada pengisian yang benar.

Malah inspirasi lagu dan fesyen yang berjalan seiring menampakkan gadis ini punya originaliti yang tidak dibuat-buat.

Realitinya, dalam aliran pengetahuan Najwa kini terkandung dua subjek yang berbeza.

Untuk jaminan pertama dan kepuasan hati ayah bonda, dia siap bergelar siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik yang ditimba di Melbourne, Australia.


LAGU Kau Yang Punya mendatangkan tanda tanya sekali gus satu perkenalan serius Najwa kepada khalayak.


Dua tahun dia menimba pengalaman di bumi kanggaru itu sebelum kembali ke Malaysia untuk mendalami bidang muzik pula.

Dua tahun juga dia tekun menggali ilmu di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur, Najwa bakal terbang ke Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat.

"Kalau tiada aral melintang, bulan September nanti saya akan belajar di sana selama dua tahun.

"Tidak sabar juga untuk ke Berklee," ujarnya yang bakal berkongsi pentas persembahan dengan Babyface 5 Mac nanti di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Namun, sebelum itu, dia ada tanggungjawab yang mahu diselesaikan. Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu.

Anak Timbalan PM

Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan nama ibu bapanya, anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abd. Rahman ini mahu menjual vokalnya sendiri.

Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta kepada namanya sendiri.

Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi mesej-mesej di laman sosial Myspace.

"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri.

"Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip hop atau jazz.

Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini yang mengandungi lagu-lagu miliknya.

"Saya sudah menulis beberapa buah lagu sejak usia 16 tahun. Untuk album, saya sedang merancang untuk memasukkan sekitar tujuh buah lagu yang saya tulis sendiri.

"Sekarang dalam proses mencari penerbit untuk album saya.

"Harap-harap bulan Mac atau April nanti dapatlah saya keluarkan album saya," ujarnya yang menulis lagu berdasarkan pengalaman cinta remajanya selain rakan-rakan terdekat.

Najwa mungkin sudah biasa berdikari dan menimba pengalaman di luar negara.

Tetapi sejauh mana dia bersedia berhadapan tradisi hiburan tanah air bahawa peminat bukan hanya mahu tahu latar belakang seni tetapi lebih daripada itu.


NAJWA dalam rangka menyiapkan album bagi hidangan halwa telinga pendengar tanah air. Sudah biasa bermain di gig-gig bebas, kini dia bersedia mengharungi dunia hiburan yang lebih komersial.


"Saya bersedia. Tetapi fokus saya adalah muzik dan bakat. Saya tahu dalam hiburan, hal peribadi akan terbawa sama namun penegasan saya untuk dunia hiburan adalah 'saya di sini kerana muzik'" jelasnya.

Pada akhir pertemuan dengan penyanyi baru berjiwa besar ini, dia mengingatkan saya kepada penyanyi Liza Aziz - kaya dengan bakat dan suara.

Wanita muda impian Shidee


MASIH menjadikan nyanyian sebagai karier tetap, Shidee sedia dihubungi menerusi e-mel, shidey59@yahoo.com atau talian telefon, 017-6555001.


BELUM reda kompang berbunyi, kisah hitam sang pengantin sudah dicanang ke serata negeri. Kisah gerhana dengan ibu mertuanya, Jamaliah Hassan, 45, memanaskan bahang usia pernikahan Shidee dengan Fairunnisa Aziz, 22, yang baru berusia dua minggu.

Angkara pernikahan yang dikatakan tanpa restu, nama penyanyi popular era 80-an, Shidee atau Rashid Abdul Wahab, 51, itu membuak dan bergelegak walhal sekian lama dia sepi tanpa dikorek kisah peribadinya.

Si bujang 51 tahun yang baru bertemu rahsia pernikahan itu reda, nikmat wanita muda yang hadir sebagai isteri harus dibayarnya dengan kesabaran tahap tertinggi.

Dia dikritik dan dipandang serong gara-gara dikatakan menolak cinta si ibu tunggal (Jamaliah), sebaliknya memilih si anak dara wanita berkenaan sebagai suri di hati.

Tidak melenting namun tidak juga membisu tanpa hujahan balas, Sensasi Bintang mengungkit persoalan. Apa benar cinta wanita muda yang sememangnya didambakan bujang terlajak bernama Shidee?

Selepas majlis perkahwinan pada 13 Februari lalu, anda pernah mengeluarkan satu kenyataan yang seperti merendah-rendahkan wanita berstatus janda?

Itu satu perkara yang sangat sensitif. Saya tidak mahu ada yang salah faham dan saya sebenarnya menghormati apa sahaja status orang lain. Sudah ditakdirkan Tuhan saya bertemu jodoh dengan anak dara. Saya terima ketentuan itu dengan besar hati.

Ada yang mentafsir anda membuka keburukan ibu mertua sendiri?

Bagi saya, perkara itu datang secara tidak langsung selepas tersebar tentang pergolakan yang wujud antara kami bertiga, saya, isteri serta ibu mertua.

Ingin saya tegaskan di sini, saya sebenarnya berada dalam situasi mempertahanankan maruah saya. Saya enggan nama dan maruah saya diperkotak-katikkan. Bukan saya yang mencetuskan persoalan itu.

Dalam soal jodoh, adakah sejak dari dulu lagi anda menolak untuk menerima wanita berstatus janda sebagai isteri dan hanya mengidamkan pucuk muda?

Tanyakanlah soal wanita kepada semua lelaki, waima kepada lelaki yang sudah berkahwin, pasti mereka akan pilih wanita muda dan bujang sebagai calon isteri. Itu kelaziman bagi lelaki.

Dalam kes saya, saya fikir saya orang bujang jadi seboleh-bolehnya saya mahu berkahwin dengan wanita bujang juga. Walau bagaimanapun, kalau sudah ditakdirkan saya berjodoh dengan janda, saya tetap akan terima.

Tapi saya dapat isteri muda. Lagipun dia (isteri) bukanlah terlalu muda. Sebenarnya bukan mudah orang seperti saya untuk meraih cinta wanita muda. Saya anggap itu rezeki saya.

Dia rahmat buat saya tapi dalam masa yang sama, saya dapat tohmahan, mungkin ada hikmahnya.

Kewangan, soal karier dan populariti yang sudah dipandang sepi dalam industri juga dipersoalkan, adakah anda mampu memberi jaminan kebahagiaan kepada isteri yang masih muda?

Saya akui, pendapatan saya tidak menentu. Dulu saya pernah mewah, pernah menikmati segala-galanya tapi itu tidak bermakna saya sudah tidak berdaya untuk mencari duit. Semua orang mahu berjaya, pokok-pangkalnya kena usaha.

Saya juga ada rumah yang dibeli sejak tahun 2006 dan menjadi tempat tinggal saya dan isteri ketika ini. Ini semua kuasa Tuhan, rasanya soal berapa banyak pendapatan bulanan saya tidak perlulah saya hebohkan.

Jadi artis kadang-kadang boleh dapat RM10,000 atau RM20,000 sebulan tapi ada masanya satu sen pun tak dapat. Saya janji, saya akan berusaha dan Tuhan yang menentukan. Itu janji saya.

Isteri anda, Fairunnisa keluar dari rumah tanpa izin keluarga dan pernikahan kalian berdua dikatakan tidak mengikut adat seperti merisik atau meminang, itu yang mengecewakan hati seorang ibu. Apa komen?

Sejak dari awal lagi, hubungan kami tidak direstui. Benar Fairunnisa keluar dari rumah, tetapi niatnya bukan untuk merosakkan diri, dia mahu berkahwin dan dia ada hak. Itu pilihan dia sendiri.

Jangan tolak kuasa Tuhan dan saya selalu berdoa minta perjodohan kami berpanjangan perjodohan, kekal abadi dan dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri.