Monday, December 6, 2010

Sasar buka 15 cawangan tahun depan


MOHD. AZMI (kanan) menunjukkan kasut baru kepada pemain kembar bola sepak negara, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan (tengah) di Gombak, Selangor baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Mizi Sports Centre menyasarkan untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya sehingga 15 cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengarah Urusan Mizi Sports Centre, Mohd. Azmi Mat Nayan berkata, cawangan pertama telah dibuka di Nilai, Negeri Sembilan pada pertengahan Julai tahun ini manakala dua lagi cawangan di Gombak, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan mula dibuka secara serentak bulan ini.

"Sehingga kini, kami telah membuka tiga cawangan. Kami menyasarkan untuk membuka sehingga 15 cawangan sebelum Ogos tahun depan dan sekitar 20 hingga 30 cawangan pada penghujung 2011,'' katanya pada majlis pembukaan rasmi cawangan syarikat itu di Gombak dekat sini baru-baru ini.

Menurut beliau, cawangan keempat Mizi Sports Centre bakal dibuka di Selayang, Selangor pada 17 Disember ini manakala cawangan terakhir bagi tahun ini akan dibuka di Ipoh, Perak.

Antara barangan yang dijual di cawangan berkenaan termasuklah pelbagai keperluan sukan berjenama Nike, Adidas, Puma, Reebok dan Umbro.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: