Monday, December 6, 2010

Rani Mukerji Rindu Berlakon Dengan Shahrukh Khan

AKTRES Bollywood Rani Mukerji (gambar) mengaku rindu berlakon dengan aktor Shahrukh Khan. Kali terakhir dia bergandingan dengan pelakon terkenal itu pada tahun 2006 menerusi filem Kabhi Alvida Naa Kehna.

"Saya akan menemui Shahrukh dan beritahu padanya, dia harus membuat filem segerakerana saya rindu untuk berlakon dengannya," ujar aktres berusia 32 tahun itu menurut Hindustan Times, Ahad.

Rani memang banyak mencipta kejayaan ketika berlakon dengan Shahrukh Khan. Salah satunya adalah Kuch Kuch Hota Hai. Menerusi filem arahan sutradara terkenal Karan Johar itu, dia mendapat anugerah sebagai Pelakon Wanita Pembantu Terbaik di Filmfare Award.

Sekarang, Rani sedang bersedia untuk berlakon dengan pelakon lain iaitu Aamir Khan selepas kali terakhir mereka bergandingan pada 2005.

"Selepas bertahun-tahun, keserasian kami semakin baik. Jadi saya yakin akan lebih baik lagi dalam filem ini," ujar Rani yang akan berlakon dengan Aamir Khan dalam filem arahan Reema Katgi.

Rani memulakan kariernya dalam industri filem Bollywood menerusi filem Raja Ki Aayegi Baraat.

Saat itu dia mendapat banyak pujian setelah melakonkan watak sebagai seorang mangsa rogol.

Kini, sudah puluhan filem yang dibintangi perempuan yang mengubah nama belakangnya dari Mukherjee menjadi Mukerji itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: