Thursday, November 11, 2010

Penubuhan Badan Kawal Selia Industri Muzik - Rais Yatim

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (tengah) menandatangani plak simbolik perasmian Kafe Bunga Raya dan Simposium Antarabangsa Industri Muzik Malaysia 2010

KUALA LUMPUR: Masalah pendapatan hasil industri muzik negara yang semakin menurun kebelakangan ini akan ditangani dengan lebih berkesan selepas badan selia industri berkenaan diwujudkan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata pendapatan industri muzik negara yang pada satu ketika mencatatpendapatan sebanyak RM250 juta setahun hasil jualan cakera padat dan mediumterbabit, kini hanya mencatat RM70 juta, sangat membimbangkan.

Kementerian sedang merangka Rang Undang-undang Pembangunan Industri MuzikMalaysia sebelum dibawa semula ke Kabinet untuk kelulusan bagi dibentangkan diParlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium AntarabangsaIndustri Muzik Malaysia 2010 di sini hari.

Rais berkata ini merupakan sebahagian daripada program pembangunan industrimuzik di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Kerajaan pada Disember tahun lepas meluluskan cadangan bagi penubuhan badanrasmi berbentuk penyelia, pengemaskini dan penggerak industri muzik yangmenggabungkan usahasama kerajaan dengan 13 persatuan muzik di negara ini,katanya. Rais berkata pada masa ini hanya filem sahaja yang mempunyai badan menyeliaiaitu Finas, tetapi muzik tidak ada.

"Jadi penggiat muzik juga mahukan satu badan seperti Finas. Tetapi perludiingat pihak swasta juga perlu memainkan peranan. Kerajaan semata-mata takmampu dan tidak boleh mengadakan satu modal besar untuk wujud perbadanan muzik," katanya.

Beliau berkata sektor swasta akan mewakili sekurang-kurangnya 40 peratusbadan menyelia industri muzik itu.

Selain badan itu, katanya usaha lain bagi mengukuhkan industri muzik negaraadalah pelaksanaan dasar muzik termasuk rangka latihan di peringkat anak muda,galakan program 'Tiada lama tiada baru'.

Seminar selama empat hari itu dihadiri penggiat, pengamal, tokoh muzik danpendidik dari dalam dan luar negara dengan sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan selain beberapa pengisian praktikal dan konsert turut diadakan.

Mengenai jawatan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimediabagi menggantikan Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Rais berkata jawatan itu kini disandang oleh pengerusinya Tan Sri Khalid Ramli, mengikut peruntukan aktaterbabit.

Baru-baru ini Mohamed Sharil dilantik sebagai penasihat komunikasi kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: