Sunday, November 21, 2010

Pasha bakal menikah lagi


PASHA (kiri) dan Adelia mendapat restu keluarga untuk berkahwin.


MENJELANG hari-hari penting dalam kehidupan Pasha Ungu, dia pasti didatangi dengan pelbagai spekulasi.

Vokalis Ungu tersebut sekali lagi berhadapan dengan gosip liar. Kali ini ia berkenaan dengan ulang tahunnya yang ke-31 pada tanggal 27 November ini. Khabar angin menyatakan bahawa jejaka tersebut bakal menamatkan zaman dudanya pada tarikh tersebut.

"Tidak ada. Apa yang ada cuma konsert Ungu yang bertempat di Bondowoso pada tarikh 27 November tersebut," ujar Pasha yang menolak desas-desus bahawa dia akan menikahi kekasihnya, Adelia pada tarikh tersebut.

Pasha menegaskan pada tahun ini dia belum berniat melepaskan status dudanya.

"Insya-Allah tahun depan mungkin," kata pelantun Tercipta Untukmu itu.

Sejak kebelakangan ini, Pasha sering kelihatan bersama wanita cantik bernama Adelia tersebut. Hubungannya dengan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu dikatakan cukup serius.

Pertengahan Oktober lalu, Pasha sempat bertandang ke rumah kekasihnya untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Lawatan tersebut ternyata mendekatkan kedua-dua buah keluarga dan mereka dipercayai mendapat restu untuk berumah tangga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: