RAMAI di kalangan lepasan sekolah yang bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran sebagai peguam. Namun masih belum pasti institusi pengajian yang bakal menjadi pilihan.
Mana satu yang akan dijadikan pilihan dalam merealisasikan impian menjadi peguam. Adakah melanjutkan pelajaran di luar negara langkah terbaik jika ingin menceburi kerjaya ini?
Bagi mereka yang mahu menjadikan peguam sebagai kerjaya di Malaysia ada dua jenis kelayakan yang boleh digunakan.
Yang pertama ialah CLP dan satu lagi ialah BPTC. Beza antara kedua-dua kelayakan ini hanya lokasi. CLP di dalam negara dan BPTC adalah kelayakan dari United Kingdom (UK).
Kedua-duanya menjanjikan kelayakan yang sesuai untuk menjadi peguam. Namun kini kelayakan dari UK itu telah melalui sedikit perubahan.
Ia ekoran perubahan yang berlaku dalam Badan Peguam Britain yang mana ia sedikit sebanyak perlu diketahui oleh bakal peguam yang mahu melanjutkan pelajaran ke negara itu.
Pada ini BPTC telah menggantikan BVC di UK. Namun dasar-dasarnya masih tetap sama. Cuma para pelajar perlu lulus kursus yang diikuti terlebih dahulu sebelum dipanggil ke bar untuk mendapatkan kelayakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perubahan ini bakal-bakal peguam boleh melihat Laporan Wood melalui www.barstandardsboard.org.uk/news/latest/220.html.
Sistem baru ini bertujuan untuk memastikan mutu pendidikan yang ditawarkan dan keadilan untuk semua.
Bagi mereka yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang guaman di UK, langkah pertama ini mengenalpasti lokasi pengajian,
Terdapat 10 lokasi yang berbeza untuk belajar sepenuh atau separuh masa, iaitu sejauh di Northumberland hingga ke London melalui Cardiff.
Semua institusi itu mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi seperti biasa kos memainkan peranan yang penting.
Kos pembelajaran bermula dari 8,500 pound hingga mencecah £15,000 pound.
Cara terbaik untuk memperolehi segala maklumat ini adalah dari laman web institusi yang menjadi pilihan.
Langkah kedua, anda perlu menjadi pelajar kepada institusi yang diiktiraf.
Secara amnya, semua menawarkan perkara yang sama. Pelajar hanya perlu memilih yang paling bersesuaian dengan diri masing-masing.
Kehidupan sosial yang baik, sumber biasiswa yang berpatutan dan pilihan lain perlu diambil kira untuk membuat keputusan.
Apabila telah dikenalpasti institusi yang diingini, maka segeralah memohon. Jadula boleh didapati secara online.
Apabila kelayakan akademik anda telah dipenuhi, anda boleh melayari www.barprofessionaltraining.org.uk dan mulakan proses aplikasi yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya.
Selain itu, British Council akan mengadakan pameran Education UK di Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Oktober. Untuk mendapatkan senarai peserta, jadual seminar dan maklumat biasiswa, sila layari www.educationuk.org.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: