![]() |
| BAGI mereka yang inginkan maklumat lanjut tentang peraduan Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita anjuran bersama Mingguan Malaysia |
ADIS manis ini kelihatan bersahaja apabila diminta bergaya ketika sesi fotografi dijalankan baru-baru ini. Mengakui gemar beraksi di hadapan kamera, Nadzirah Herbert, 19 sebenarnya merupakan seorang model sambilan sejak tiga tahun lalu. Pada masa yang sama, sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Beliau kini menjadi pengedar One Drop Perfumes untuk menambah pendapatan.
ANAK kedua daripada tiga adik-beradik yang berasal dari Johor ini mengakui wangian tempatan yang diedarkan itu mendapat permintaan yang menggalakkan daripada para pelanggan.
Bersempena kedatangan Aidilfitri, Nadzirah aktif berniaga untuk mencari rezeki tambahan.
“Saya memang gemar berniaga biarpun secara kecil-kecilan. Kali ini saya membantu ibu menjual One Drop Perfumes selain membantu menjaga pusat kecantikan spa, Marhani di Muar Johor. Sudah hampir tiga tahun saya menjual wangian ini dan sambutannya amat baik terutama di kalangan rakan-rakan di tempat saya belajar,” jelasnya yang berminat menyertai Pencarian Citra Wanita One Drop tahun ini.
Berbicara tentang dunia peragaan, Nadzirah meminati bidang ini kerana dia suka menjelajah ke seluruh dunia dan berjumpa dengan orang ramai.
Nadzirah yang mempunyai darah kacukan Melayu, Jepun dan Singhalese juga sedang belajar menyolek dan mengandam bagi merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah salon kecantikan satu hari nanti.
Dalam berfesyen, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka ini gemar mengumpul aksesori seperti kasut, baju dan beg tangan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: