LONDON: Model pakaian dalam yang pernah ditiduri ramai pemain bola sepak England, Vanessa Perroncel, dilapor mahu menjalin semula hubungan romantik dengan bekas kekasihnya, Wayne Bridge.
Vanessa Perroncel
“Sama ada kami akan bersatu semula atau tidak, belum pasti, tapi banyak benda yang lebih gila daripada ini boleh berlaku,” katanya, semalam.
Bridge, 30, bersara daripada pentas antarabangsa sejurus sebelum England menyertai Piala Dunia di Afrika Selatan, baru-baru ini.
Keputusan itu diambil Bridge kerana dia kecewa rakan karibnya sendiri, John Terry, 29, didapati meniduri Vanessa.
Skandal selama empat bulan itu diakui sendiri Vanessa.
Sumber berkata, jika Vanessa, 33, berjaya menawan semula hati Bridge, ia amat menggembirakannya.
“Bagi Vanessa, jika ia menjadi kenyataan, dia akan hidup seperti dalam dunia fantasi,” katanya.
Apabila pendedahan itu disiarkan, Bridge yang kini bermain untuk kelab Manchester City amat berang.
Hasil hubungan Bridge dengan Vanessa, mereka memperoleh seorang anak lelaki.
Ditanya sama ada kesal kerana curang, model itu berkata, isu itu tidak timbul.“Apa yang saya lakukan tidak berniat jahat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: