Friday, August 6, 2010

Ubat 'kuat' lelaki mengandungi racun


ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat 'kuat' lelaki kerana ia mengandungi racun.


KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat untuk meningkatkan tenaga batin lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

Menurut beliau, rata-rata ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang merupakan bahan aktif perangsang seks lelaki.

Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada seorang doktor.

"Kesan sampingan ubat itu sangat berbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini semalam.

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Beliau berkata, produk-produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh lemon ais.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: