
Bagaikan satu tradisi, kedua-dua stesen TV itu turut memperkenalkan tagline sempena menyambut bulan yang mulia ini. TV3 memperkenalkan tema Kasih Ramadan sementara TV9 dengan tema Ramadan Di Hatiku.
Program-program yang disediakan adalah berbentuk ilmiah serta penuh pengertian dan keinsafan.
Melalui tema Kasih Ramadan, TV3 menampilkan rancangan seperti Singgah Sahur, Kalamullah, Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran, Masam Manis Ramadan, Shamsul@Bazaar Ramadan, Haiwan Teladan 3, Sirah Nabi dan Dari Masjid Ke Masjid
Selain itu, rancangan seperti Pangkin Atok, Goyang Shafik, 5 Rencah 5 Rasa, Epilog Syurga Cinta, Syurgamu Ramadan, Hijab Di Kalbu Rahsia Shaliza, Emily, Sebelum Terlupa dan Ar-Rayyan juga bakal menemui penonton pada bulan Ramadan.
Bagi TV9 yang memperkenalkan tema Ramadan Di Hatiku, pengisian seperti Perjalananku, Resipi Istana, Jom Berbuka, Ekspedisi Chef Wan (Istimewa Ramadan), Ejen 2X5, Mahabbah De Laila serta Solat Tarawih, turut menjadi hidangan sepanjang Ramadan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: