Sekumpulan ahli Gagasan Anak Muda mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mendesak kerajaan negeri menutup rumah urut dan pusat hiburan sempena Ramadan.
SHAH ALAM: Pelbagai pihak di negeri ini mendesak kerajaan Selangor agar menutup rumah urut dan pusat hiburan sepanjang Ramadan jika mereka benar-benar menghormati bulan penuh keberkatan itu dan memperjuangkan agama Islam.Malah, desakan itu ditunjukkan dengan beberapa pihak mengadakan perhimpunan secara aman di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, antaranya membabitkan sekumpulan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menamakan kumpulan mereka `Gagasan Anak Muda'.
Katanya, pendedahan media sejak kebelakangan ini, telah membongkar salah laku dan kegiatan tidak bermoral yang dijalankan kebanyakan rumah urut dan pusat hiburan.
"Ramai perempuan dari negara jiran dan Asia menjadi pekerja tanpa permit serta menawarkan khidmat seks kepada pelanggan rumah urut dan pusat hiburan ini.
"Premis ini menjadi pelindung dan tempat pendatang tanpa izin bersembunyi sekali gus menyalahgunakan kemudahan visa memasuki negara kita. Perniagaan berbentuk negatif ini merosakkan sistem kehidupan seluruh masyarakat," katanya ketika ditemui.
Mohd Razzdee berkata, rumah urut, pusat perjudian berkomputer dan pusat hiburan yang semakin banyak ibarat `cendawan tumbuh selepas hujan' mengundang pengunjung Islam dan anak muda, sekali gus menyumbang peningkatan masalah akhlak dan sosial generasi muda.
Atas desakan sama, Ketua Pemuda UMNO Tanjung Karang, Mohamad Khir Ramli, berkata kerajaan negeri perlu bertindak tegas kerana pusat hiburan rumah urut, karaoke dan disko ketika ini dilihat seperti `cendawan tumbuh selepas hujan’.
"Dianggarkan ada 4,000 pusat hiburan di seluruh negeri ini ketika ini berbanding hanya 1,000 premis sama ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).
"Jika benar kerajaan pakatan pembangkang yang dianggotai PAS yang dianggap memperjuangkan Islam sebenar, kami mencabar mereka menutup pusat hiburan di seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini," katanya.
Mohamad Khir berkata, pergerakan itu mahu PAS menunaikan janji mereka untuk menutup pusat hiburan di Selangor seperti dilaungkan menerusi manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.
“Selepas lebih dua tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, pusat hiburan bertambah empat kali ganda berbanding sebelumnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: