![]() |
| VIVIAN HSU menghadiahkan telefon berbentuk kasut tumit tinggi buat Lee Hom. |
HUJAN lebat tidak menghalang peminat Wang Lee Hom untuk turut serta dalam acara bertemu dan mendapatkan tandatangan selebriti tersebut.
Malah, acara yang diadakan di Ximending, Taipei itu juga sebahagian daripada promosi album terbaru Lee Hom yang akan dilancarkan 8 Ogos depan.
Acara tersebut turut dihadiri penyanyi dan pelakon Vivian Hsu. Teman baik Lee Hom itu malah menghadiahkannya sebuah telefon bimbit berbentuk kasut tumit tinggi berwarna merah.
Telefon dengan bentuk unik itu dibeli khusus oleh Vivian di Tokyo, Jepun.
"Saya yakin rumah Lee Hom dipenuhi dengan alat muzik dan kekurangan cinta seorang wanita walaupun saya belum pernah ke rumahnya," jujurnya dengan harapan agar Lee Hom akan memberi lebih perhatian kepada kehidupan cintanya.
Dia juga berharap agar temannya itu memberikan telefon kasut tumit tinggi itu kepada kekasihnya kelak.
Memberi komentar tentang kasut tersebut, Lee Hom menjawab: "Vivian sangat memahami diri saya. Kami berkawan baik bukan sahaja dalam kerjaya penulisan lirik bahkan dalam kehidupan."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: