![]() |
| Dari kiri, Azzura Azizul dan Suraya Yeop Junior berkongsi pengalaman bersama Karen Ho. |
SETIAP wanita mengidamkan tubuh yang menawan, apatah lagi jika ada sesuatu yang dinantikan seperti hari perkahwinan atau perayaan.
Sama ada anda mahu tampil hebat pada musim raya ini atau bercadang untuk mengurangkan beberapa inci selepas banyak menjamu selera sewaktu musim perayaan anda perlu melakukan sesuatu.
Rangkaian rawatan terkini Body Contouring Treatments daripada AsterSpring yang direka khas untuk membentuk badan melalui siri program menganjal, ton dan menyahtoksin semuanya dengan menggunakan produk dan kaedah rawatan badan yang baru dan selamat.
Pengurus Besar AsterSpring, Karen Ho semasa pelancaran rawatan Body Contouring Treatments, berkata bahawa program ini merupakan pilihan yang terbaik kerana ia tidak memenatkan atau memudaratkan serta selesa bagi wanita yang ingin kelihatan langsing menawan dan mengekalkan bentuk badan mereka.
Tambah Ho, rawatan ini selamat, tidak memudaratkan, tidak membebankan dan yang pastinya dapat merehatkan tubuh dan minda.
"Rawatan ini amatlah sesuai bagi mereka yang mahu mempertingkatkan penampilan badan mereka dengan menganjalkan, membentuk serta mengurangkan masalah selulit, semuanya sebelum musim perayaan atau pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Ho seterusnya menekankan bahawa program Body Contouring Treatments yang terkini ini direka sejajar dengan visi kesihatan secara menyeluruh yang sinonim dengan AsterSpring.
Ini bermakna, program tersebut perlu memenuhi keperluan untuk memperbaiki kulit pelanggan serta kesihatan badan mereka di samping mempertingkatkan penampilan estetik secara keseluruhannya.
Hos rancangan televisyen, Azzura Azizul dan Suraya Yeop Junior yang hadir semasa majlis pelancaran program tersebut, amat bersetuju dengan cara kesihatan keseluruhan kulit dan badan AsterSpring.
Mereka telah melahirkan anak pertama mereka tahun lalu dan sejak itu telah berusaha untuk mendapatkan semula bentuk badan asal mereka sebelum bersalin.
Pengalaman selebriti
Suraya yang bayinya kini berusia tiga bulan berusaha untuk mendapatkan bentuk badan asalnya.
"Menganjal dan membentuk badan adalah perlu bagi wanita selepas bersalin kerana perbezaan berat badan sebelum dan semasa mengandung jauh berbeza.
"Saya bernasib baik kerana hilang banyak berat badan selepas melahirkan tetapi kulit saya tidak seanjal dulu.
"Saya memerlukan bantuan untuk membentuk dan menganjalkan semula badan saya. Semestinya saya memilih cara paling sihat untuk memastikan saya sentiasa sihat dan bertenaga bagi menjaga bayi serta keluarga saya," katanya.
Azzura yang telah bersalin tahun lalu masih mencuba untuk mengurangkan berat badannya.
"Sukar bagi saya untuk mengurangkan berat badan yang diperoleh sewaktu mengandung tetapi saya masih berusaha.
"Tetapi saya lebih gemar melakukannya dengan perlahan-lahan dengan cara yang sihat, seperti apa yang disarankan oleh AsterSpring untuk kulit dan badan," tambahnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: