Tuesday, August 10, 2010

Tesco tambah 1,000 produk


TJEERD JEGEN (kiri) dibantu Chef Muluk menyediakan menu makanan di Kuala Lumpur semalam.


KEPONG - Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco), berhasrat memperkenalkan tambahan sehingga 1,000 produk jenama sendiri menjelang akhir tahun ini.

Buat masa ini, Tesco sudah melebihi 3,800 produk jenama tersendiri daripada tiga kategori utamanya iaitu Tesco Value, Tesco Choice dan Tesco Finest.

Tesco Choice merupakan rangkaian produk terbesar daripada tiga kategori tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Tjeerd Jegen berkata, sebanyak 400 produk telah dilancarkan pada awal tahun ini dan bakinya dijangka diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun ini.

"Fokus penambahan rangkaian produk akan diberikan kepada kategori Tesco Choice kerana rata-rata pelanggan akan memilih produk dengan tawaran harga di antara Tesco Value dan Tesco Finest," katanya pada sidang akhbar selepas sesi penilaian pertandingan resipi 'Rasa-Rasa Semenanjung' di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Operasi Pemasaran, Juliawati Abdul Jalil.

Mengenai sumbangan jualan Tesco Choice, kepada perolehan syarikat, Jegen berkata, ia adalah seimbang di antara dua kategori iaitu Tesco Value dan Tesco Choice.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: