WALAUPUN pemakaian gincu langkah terakhir dalam solekan, ia adalah sapuan terpenting bagi menyerlahkan penampilan.
GLAMOR... empat selebriti dari kanan Nora Danish, Alya, Nurul Syuhada dan Marsha diapit jurusolek Zulfazli (kanan) dan Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah (kiri).
MENAWAN...lapan warna menawan gincu Ultra Color Rich Mega Impact daripada Avon.
Kesalahan memilih warna akan menyebabkan penampilan kurang menyerlah atau membuatkan kekurangan diri semakin menonjol.
Menurut jurusolek profesional, Zulfazli Suhadi, warna yang sepatutnya dipakai pada bibir wanita perlu mengikut bentuk bibir sama ada nipis, sederhana atau penuh. Ini bagi membentuk bibir seperti yang anda kehendaki sesuai penampilan.
Misalnya, seseorang yang berbibir tebal tidak digalakkan memakai gincu berwarna terang, sebaliknya warna lembut seperti merah jambu akan membuatkan penampilan anggun dan bergaya.
Katanya, jika anda ingin melindungi kekurangan diri seperti gigi yang kurang cantik sebaik-baiknya pilih gabungan warna lembut dan sederhana.
Begitu juga jika memakai kanta lekap, warna gincu seharusnya tidak keterlaluan. Ini mengelak supaya penampilan anda tidak janggal di khalayak ramai.Sebagai memenuhi keperluan wanita yang ingin tampil anggun sepanjang masa tanpa mengenakan rona solekan tebal, Avon memperkenalkan gincu Ultra Color Rich Mega Impact yang dirumus dengan bahan pengkantaan warna terunggul, kilauan gincu terbaru bagi menyerlahkan pantulan warna asli supaya lebih terang dan jelas.
Gincu ini menggunakan teknologi kromapiksel Avon yang mengkantakan setiap rona, menambah kejelasan warna agar lebih berdimensi. Kesannya warna semakin dekat dan jelas. Merah lebih merah, merah jambu semakin menyerlah, coklat semakin terang dan plum penuh bertenaga.
Menurut Pengurus Penjenamaan Komunikasi, Avon Malaysia, Noorashikin Selamat, hanya dengan secalit sapuan gincu Ultra Color Rich Mega Impact bibir kelihatan lebih memukau. Ini kerana sinaran warna menjadikan bibir tampil dengan impak, berdimensi dan lebih jelas serta meningkatkan kemilau cahaya.
"Untuk mengelak kombinasi warna keterlaluan, gandingkan bersama pembayang mata cair dan maskara agar lebih anggun dan glamor," katanya.
Selain itu bentuknya yang mempunyai permukaan bersegi membantu ramuan krimnya disapu pada bibir. Gincu ini tahan lama serta mengandungi SPF 15. Jadi, ia senang disapu serta tidak comot sekiranya digunakan dalam keadaan tergesa-gesa ke pejabat.
Ketika majlis pelancaran di Kuala Lumpur baru-baru ini, empat personaliti iaitu Nora Danish, Nurul Syuhada, Marsha dan Alyah berpeluang merasai keserasian gincu Mega Impact ini.
Gincu ini hadir dalam lapan warna menggoda iaitu beri, ceri, ungu anggur, merah jambu, merah, ros fuchia dan ungu merah gelap.
Gincu Avon Ultra Rich Mega Impact boleh didapati di semua kaunter Avon bermula 1 Ogos berharga RM23.90 untuk Semenanjung Malaysia manakala RM27.50 Sabah dan Sarawak.
Sempena pelancaran, Avon menawarkan dua hadiah percutian enam hari empat malam untuk dua orang ke New York bernilai RM8,000 dengan setiap pembelian satu gincu Ultra Color Rich Mega Impact dari mana-mana butik kecantikan Avon.
Pembelian Avon Ultra Color Rich Mega Impact itu juga membolehkan pembeli menerima celak dan maskara secara percuma. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.my.avon.com
Panduan menjaga bibir:
Panduan warna gincu untuk jenis bibir:
Bibir tipis
Bibir sederhana
Bibir penuh
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: