Monday, August 9, 2010

Sultan selami kepayahan rakyat


SULTAN Ibrahim memandu jentera menuai padi di Kampung Sagil, Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - "Bawa kereta api lagi senang."

Itu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas memandu jentera penuai padi di Kampung Sagil, Ayer Hitam, dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ) Fasa 2, di sini semalam.

Baginda membandingkan KMJ Fasa 1 ketika melakukan kembara dengan kereta api dengan kepayahan mengendalikan jentera itu di bawah terik pancaran matahari.

Menerusi kembara kali ini, Sultan Ibrahim dapat merasai dan menyelami kesusahan serta cabaran hidup dihadapi penduduk kampung yang kebanyakannya mengusahakan sawah padi sebagai punca utama pendapatan.

Kira-kira pukul 1 tengah hari, bahang matahari membakar tubuh baginda namun sedikit pun tidak melunturkan semangat untuk meneruskan program yang dirancang, memandu jentera penuai padi di tengah sawah kampung itu.

Malah, baginda turut mencemar duli membanting padi sehingga menyentuh hati penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: