MOHD DANIEL terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa angkatnya di Kilometer 253.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, petang semalam.
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dikenali sebagai Mohd Daniel, iaitu anak angkat pasangan itu bagaimanapun terselamat dan hanya luka di mata dalam nahas jam 4 petang.Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Senawang mengeluarkan mayat suami isteri yang tinggal di Tampoi itu, dari kereta mereka.Menurut polis, mangsa yang mati dikenali sebagai Jamat Yaacob, 49, yang dipercayai bekerja sendiri dengan membekalkan bola golf terpakai di kelab golf sekitar Kuala Lumpur.
Ratusan bola golf bertaburan di sekitar kawasan kemalangan.
Isteri Jamat, Rosmah Omar, 48, maut akibat cedera parah di kepala.
Pemandu treler, Alghazi Khamis, 48, berkata beliau bersama isteri dan anaknya yang berusia 5 tahun sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor apabila treler yang dipandunya mengalami kerosakan.
Treler saya tidak dapat bergerak akibat kerosakan. Saya tidak dapat bergerak ke lorong kecemasan dan terpaksa berhenti di lorong tengah, katanya.
Beliau kemudian turun dari lorinya untuk meletakkan kon amaran kecemasan di belakang treler sebelum naik semula ke treler.
Tidak sampai tiga minit kemudian, tiba-tiba treler saya bergegar dengan kuat dan saya nampak sebuah Toyota Unser terperosok ke bawah treler saya, katanya.
Dalam kejadian berasingan di Nilai, seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an terbunuh selepas tercampak dari kereta Kancil yang turut dinaiki tiga rakannya.
Wanita itu yang duduk di sebelah pemandu tercampak selepas kereta berkenaan terbabas ke lereng bukit pada jam 3.50 petang.
Kereta Kancil itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari Nilai menuju Melaka.
Tiga lagi penumpang termasuk pemandunya terselamat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: