Tuesday, August 10, 2010

SOSEH SOSEH: Pengarah ‘terduduk’ projek filem tak jadi

DISEBABKAN kontroversi filem pendek arahannya, pengarah baru ini mendapat pelbagai tawaran banyak pihak yang ingin menerbitkan filem menampilkan tajuk menarik.

Bukan saja tajuk, malah ceritanya juga dikatakan menarik kerana berunsur komedi.


Namun dalam banyakbanyak tawaran, dia tertarik pelawaan seorang bukan dalam bidang seni, sebaliknya bidang lain.


Jadi, dia pun mulalah mengadakan perbincangan dengan individu ini.


Hampir tiga bulan dia bertandang ke kediaman orang ini tak kira waktu untuk tunjukkan kertas kerja, strategi pemasaran, pelakon dan segala berkaitan filem itu.


Walaupun penat, dia tak kisah kerana teruja apabila ada pihak nak membiayai kos penerbitan filemnya.


Namun dalam pada itu, pengarah ini tetap berhati-hati tak berikan skrip penuh filem ini kepada individu tersebut kerana bimbangkan perkara tak elok berlaku.


Biasalah, dalam dunia seni ini macam-macam perkara boleh berlaku. Dalam pada itu, individu ini pergi ke luar negara dan berjanji akan memeterai perjanjian dengan peguam setelah balik ke Malaysia.


Jadi, pengarah ini pun menunggu dengan penuh harapan. Apabila balik saja dari luar negara, individu ini membawa pengarah muda ini berjumpa peguam dan terus memberikan harapan supaya projek ini akan berjaya.


Sekali lagi perbincangan lanjut diadakan kedua-dua pihak dan mungkin selepas Aidilfitri penggambaran akan dimulakan.


Namun agak mengejutkan apabila pengarah ini mendapat panggilan daripada individu tersebut yang berkata mahu menarik diri dari membiayai filem ini.Alasan yang diberikan cukup mudah dan seperti tak masuk akal pula. Terduduk jugalah pengarah ini sebab terasa dia seolah-olah dipermainkan.


Pelakon-pelakon yang bakal menjayakan filem ini juga kecewa kerana mereka sudah peruntukkan masa untuk berlakon filem ini nanti.


Kata pengarah ini, agaknya individu itu tarik diri kerana dia sebenarnya ingin jadi rakan kongsi tapi pengarah ini tak bersetuju dengan syarat itu.


Iyalah, dia pernah rasa pengalaman bekerjasama dengan rakan kongsi sebelum ini dan apabila berlaku masalah, senang-senang dia ditolak keluar oleh rakan kongsinya itu. Tapi dia bukanlah maksudkan individu ini berniat demikian. Cuma ini teladan buat dirinya dalam mencari rakan kongsi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: