Friday, August 6, 2010

Skandal terbaru pengacara berita Britain




LONDON - Seorang pembaca berita wanita program pagi stesen televisyen ITV di Britain, Tasmin Khan (gambar) mengejutkan majikannya apabila beberapa gambar bogelnya terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita jelita itu akan bertugas membaca tajuk-tajuk utama berita dalam rancangan bual bicara pagi Daybreak bersama hos Adrian Chiles dan Christine Bleakley bermula bulan depan.

Tasmin, 30, beraksi untuk gambar-gambar seksi itu antara tahun 2003 hingga 2006.

Beberapa gambar itu menunjukkan dia yang memakai seutas kalung tanpa pakaian, berbaring sambil berbogel dan memakai seluar dalam.

Tasmin atau nama sebenarnya Farhana membesar di Hendon, barat laut London bersama keluarganya yang berketurunan Benggali.

Dia merupakan lulusan Universiti Oxford dan memiliki ijazah pertama dalam jurusan Politik, Falsafah dan Ekonomi sebelum bekerja untuk saluran berbayar Zee TV.

Tasmin kemudian menyertai Rangkaian Asia dan Channel Five terbitan Perbadanan Penyiaran British (BBC) seterusnya menjadi pembaca berita saluran BBC Three dan BBC News 24 sebelum bertugas untuk ITV.

Pada tahun lalu, dia menjadi tajuk utama akhbar dan mencetuskan sensasi di laman YouTube kerana cuma mampu menyebut 29 patah perkataan semasa membaca berita untuk siaran langsung buletin BBC News 24 sebelum tercunggap-cunggap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: