Thursday, August 12, 2010

SK Chepor dapat premis baru


IR. ABU Bakar Mohamed Said menyerahkan replika kunci Ainon Mahfud ketika majlis penyerahan bangunan tambahan dan kerja-kerja berkaitan di Ipoh, semalam.


IPOH 11 Ogos - Kedatangan Ramadan tentunya disambut dengan penuh keceriaan oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, dekat sini apabila mereka kini mempunyai bangunan baru bernilai RM5.67 juta.

Bangunan baru itu mula dibina pada 23 April 2009 dan siap 13 Julai lalu, dua bulan lebih awal daripada tempoh yang dijangkakan iaitu 8 September ini.

Menurut Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta, Ir. Abu Bakar Mohamed Said, projek tersebut dilaksanakan bagi menggantikan dua blok bangunan lama yang sudah tidak selesa digunakan.

''Projek SK Chepor mempunyai empat blok iaitu blok A dan B setinggi tiga tingkat, blok C (dua tingkat) dan seunit blok D untuk pra-sekolah yang mampu menempatkan lebih 530 murid.

''Mengenai bangunan lama sekolah, sebahagiannya akan diruntuhkan untuk dijadikan padang sementara kerana kawasan padang sekolah telah digunakan untuk membina sekolah baru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek SK Chepor di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Abu Bakar mewakili Pengarah Kerja Raya negeri, Datuk Dr. Safry Kamal Ahmad.

Sementara itu, Guru Besar SK Chepor, Ainon Mahfud berkata, Jabatan Pelajaran negeri sedang berunding dengan sebuah syarikat untuk membeli sebidang tanah di belakang sekolah untuk dijadikan padang.

1 comment:

  1. sekolah ini tidak prihatin pada murid2 sekolah kerana menyuruh murid2 sekolah berjalan ikut pintu pagar yang jauh dari kelas2 mereka sedangkan pintu pagar baru dekat dengan kelas2. tiada guna sekolah harga berjuta2 tapi membeban murid2 harap diambil tindakan.. sewajarnya..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: