Saturday, August 7, 2010

Sambutan Ramadan di KDE


Ayam asam pedas daun kesum dan nasi ayam antara yang istimewa.


KELAB Darul Ehsan (KDE) tidak ketinggalan memeriahkan suasana berbuka puasa tahun ini dengan pelbagai juadah tradisi dan moden bagi pengunjung.

Tahun ini, bertemakan Bertemu Kembali Dalam Suasana Baru, di Restoran Duyong yang telah bertukar wajah.

Bermula dengan salad dan pembuka selera, konsep gerai masih menjadi pilihan Restoran Duyong pada setiap bulan Ramadan bagi menyajikan sajian tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya ialah rendang daging tok, ayam golek, udang goreng mentega, kambing masala serta makanan bakar yang popular seperti lidah lembu, kambing dan pelbagai jenis ikan seperti pari, kembung, cencaru dan terubuk.

Puas menikmati makanan yang disebutkan tadi, rasai pula pelbagai pilihan mi, iaitu mi kari, mi udang, mi jawa atau mi rebus. Jangan pula lupa mencuba makanan di gerai goreng-goreng dengan keladi goreng, mi mamak, char kuey teow atau yong tau foo.

Menurut Chef Eksekutif KDE, Mustafa Kamal Ahmad Sarbani yang menyediakan kesemua hidangan bersama kumpulan chefnya, terdapat juga hidangan utama yang terdiri daripada beberapa jenis nasi seperti nasi minyak, nasi kerabu, nasi hujan panas dan nasi tomato.

''Pengunjung juga dapat menikmati beraneka jenis lauk seperti siput masak lemak cili api, sambal tumis udang, ayam golek kuah pedas, paru berlada, ayam panggang dan banyak lagi.

''Kanak-kanak tidak dilupakan kerana kami turut menyediakan makanan yang disukai dan sesuai untuk kanak-kanak seperti skewer, nuget dan bebola ikan.

''Keenakan bufet kami tidak akan lengkap tanpa pencuci mulut seperti kuih-muih Melayu, bubur kacang, ais krim potong, ais kacang, waffle, jeli, kek dan pastri,'' katanya.

Bufet akan bermula daripada 11 Ogos hingga 8 September, jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Pengunjung dewasa hanya perlu membayar sebanyak RM58 bersih dan RM38 bersih bagi kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

Manakala harga bufet bagi warga emas pula hanya RM48 bersih. Bagi yang lahir pada tahun 1957 sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Ramadan ini akan mendapat potongan sebanyak 50 peratus.

Kepada anda yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 03-42572333 sambungan 409 atau e-mel ke fnb@kde.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: