
BEIJING - Banjir lumpur yang melanda sebuah kawasan terpencil di barat laut China semalam menyebabkan separuh dari bandar di daerah Zhouqu di Wilayah Autonomi Gannan Tibet di Gansu tenggelam manakala 2,000 orang dilaporkan hilang.
Banjir itu yang berlaku akibat hujan lebat kelmarin turut menyebabkan 127 orang disahkan telah meninggal dunia.
Sejumlah penduduk berlari menyelamatkan diri ke kawasan tanah tinggi dan di tingkat atas beberapa apartmen selepas air Sungai Bailong melimpah disebabkan sekatan pelbagai benda.
Banyak rumah musnah manakala jalan-jalan diliputi dengan lumpur dan air pada waktu pagi.
"Lumpur tebal kini menjadi halangan terbesar untuk kerja-kerja menyelamat. Ia (lumpur) terlalu tebal untuk berjalan atau melaluinya," kata ketua mukim tersebut, Diemujiangteng.

Stesen televisyen CCTV melaporkan Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah berlepas dengan menaiki pesawat ke wilayah berjiran dengan Sichuan, Jiuzhaigou dan sedang menuju ke kawasan bencana.
Menurut laporan stesen tersebut, seramai 45,000 orang telah dipindahkan dari kawasan bandar yang terletak di kaki bukit itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: