![]() |
| RASIDI dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban semalam selepas diarahkan membela diri atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya. |
SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam dikejutkan dengan keterangan saksi kesembilan, pegawai penyiasat polis yang mendedahkan bahawa Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya pada 5 Januari lalu mengaku membunuh keluarganya kerana melakukan satu misi suci membunuh syaitan dan dajal yang banyak di muka bumi ini.
Asisten Supritendan, Noor Suran Abdul Wahid, pegawai dari Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam bela Rasidi, Hanif Hassan.
Hanif: Ada tanya OKT (Orang kena tuduh) kenapa tanam kepala bapanya, Ismail Awang, 76, di Shah Alam, Selangor?
Noor Suran: Ada. OKT beritahu ketika itu dia bercelaru.
Hanif: Ada OKT beritahu bahawa kepala yang dia tanam itu adalah kepala Saidina Abu Bakar?
Noor Suran: Ada.
Hanif: Ada OKT beritahu bahawa dia menanam kepala itu bagi menghalang ia diambil oleh syaitan dan dajal?
Noor Suran: Ada.
Hanif: Ada OKT beritahu bahawa dia ketika itu menjalankan satu misi suci untuk membunuh syaitan dan dajal yang kini banyak di muka bumi ini?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: