
WATAK animasi Nippon Paint Blobby yang dihasilkan melalui ilham setitis cat dan disiarkan di kaca televisyen berjaya menambat hati setiap lapisan masyarakat negara ini.
Melalui watak comel penuh berwarna-warni itu maka lahirlah Paint Expert Blobbies yang terdiri daripada empat anggota iaitu Nippon Weatherbond Advance Blobby, Nippon Weatherbond Solarreflect, Nippon Spotless Blobby dan Nippon Odourless Aircare Blobby.
Pengarah Urusan, Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd., Yaw Seng Heng, berkata, selain memperkenalkan Paint Expert Blobbies, kita juga memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki cenderamata Blobby melalui kempen Find The Paint Expert.
"Kempen yang berlangsung dari 15 Ogos sehingga 15 November tahun ini, pengguna yang membeli cat premium Nippon Paint lima liter akan menerima rantai kunci Blobby yang terdapat di dalam setiap cat tin tersebut.
"Mereka yang bertuah mendapat rantai kunci edisi terhad Paint Expert Blobby berpeluang memenangi televisyen diod pemancar cahaya (LED) 40 inci dan patung Fuzzy Blobby setinggi 52 sentimeter (sm)," katanya.
Seng Heng berkata demikian ketika merasmikan kempen Find The Paint Expert dan memperkenalkan Paint Expert Blobbies di Golden Screen Cinema, Gold Class, The Gardens baru-baru ini.
Dalam program berkenaan seramai sepuluh wakil media memenangi cabutan bertuah dan membawa pulang patung Fuzzy Blobby setiap seorang.
Sebanyak 500,000 tin cat premium Nippon Paint lima liter telah dimasukkan dengan rantai kunci Blobby.
Bagaimanapun, Seng Heng berkata, hanya 1,040 tin cat berkenaan yang mempunyai rantai kunci edisi terhad Paint Expert Blobby. Kita menyediakan 40 buah televisyen LED 40 inci untuk mereka yang bertuah manakala selebihnya adalah patung Fuzzy Blobby.
![]() |
| PENGGUNA berpeluang memiliki cenderamata Blobby melalui kempen Find The Paint Expert. |
Terdapat 11 produk premium yang digunakan dalam kempen yang berlangsung selama empat bulan itu. Produk-produk itu termasuklah Nippon Odourless Aircare, Nippon Odourless Premium Semua dalam satu, Nippon Satin Glo dan Nippon Perfect White.
"Kami berharap dengan memperkenalkan Paint Expert Blobbies dan penganjuran kempen ini, ia dapat memberi inspirasi kepada pengguna menerusi warna dan mendidik orang ramai tentang pemilihan produk di kediaman mereka," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: