Wednesday, August 11, 2010

Proton serah pada kerajaan

PROTON Holdings Berhad (Proton) akan menyerahkan segala keputusan mengenai cadangan mewujudkan penggabungan dengan Perodua kepada kerajaan bagi memantapkan lagi industri automotif di negara ini.

KERJASAMA....Nazir (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan dokumen perjanjian antara CIMB Group yang diwakili Charon Wardini (kiri) dan Proton diwakili Azhar Othman.
KERJASAMA....Nazir (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan dokumen perjanjian antara CIMB Group yang diwakili Charon Wardini (kiri) dan Proton diwakili Azhar Othman.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sentiasa bersedia bekerjasama dengan Perodua terutama untuk membantu industri automotif berkembang ke peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya Proton memang sudah lama menjalin kerjasama dengan Perodua dan mengenai cadangan penggabungan ini kami lihat ia sebagai langkah terbaik bagi kedua-dua pihak.


“Kami hanya menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian Program Kewangan Rangkaian Pembekalan dengan CIMB Group, di Shah Alam, semalam.


Hadir sama, Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group, Datuk Charon Wardini Mokhzani, Ketua Eksekutif CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Kewangan Proton, Azhar Othman.


Syed Zainal berkata, menerusi program kewangan itu, ia dijangka dapat membantu vendor dalam meringankan beban kewangan mereka yang menjadi pembekal komponen kepada Proton.


“Program ini untuk meringankan beban aliran tunai yang dihadapi vendor dengan menutup jurang modal bekerja daripada peringkat permulaan mendapatkan bahan mentah kepada peringkat pembayaran oleh syarikat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: