
DUNGUN - Seekor penyu belimbing yang dikenali sebagai Puteri Rantau Abang dilepaskan semula ke laut dengan dipasang peranti pengesan satelit bagi tujuan penyelidikan di sini semalam.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki berkata, peralatan canggih itu dipasang bagi tujuan mengumpulkan maklumat saintifik mengenai laluan penjelajahan haiwan tersebut.
Katanya, usaha oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang itu mampu merekodkan suasana ekologi seperti kadar kemasinan dan suhu air laut yang dilalui penyu itu kelak.
"Peranti satelit Platform Transmitter Terminal yang kita gunakan ini dibeli dari New Zealand dan baterinya mampu bertahan selama lebih setahun," katanya pada majlis pelepasan penyu tersebut di Pantai Rantau Abang dekat sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: