
JOHOR BAHRU - Permintaan daripada peniaga luar negara terhadap sijil perakuan halal Malaysia membuktikan sijil berkenaan mematuhi standard antarabangsa.
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Khalidah Mohd. Darus berkata, logo keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama negeri mempunyai integriti dan disokong oleh kerajaan berbanding sijil negara jiran.
"Orang luar pun hendak sijil kita kerana produk mereka akan mudah menembusi pasaran produk halal dunia. Bagaimanapun kita memberi keutamaan kepada usahawan dalam negara terlebih dahulu.
"Justeru lebih banyak kempen kesedaran dijalankan bagi memberitahu manfaat sijil halal Jakim atau jabatan agama negeri kepada perniagaan mereka," katanya selepas merasmikan Seminar Kesedaran Kepentingan Sijil Halal Malaysia di sini semalam.
Khalidah menambah, meskipun permohonan sijil halal semakin meningkat, namun jumlahnya masih rendah kerana setakat 15 Mei lalu hanya 1,548 syarikat di negara ini memilikinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: