KANGAR -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sempena bulan Ramadan.
Beliau berkata para pengguna terutama golongan wanita mudah terpengaruh dengan tawaran melalui SMS seperti peraduan yang hadiahnya berbentuk wang tunai atau barangan untuk kegunaan bulan Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri.
"Saya sendiri pernah ditawarkan hadiah wang tunai daripada sebuah syarikat minuman terkenal melalui sms sebanyak dua kali," katanya semasa menutup Bulan Pengguna Peringkat Negeri Perlis di Dataran Behor Mentalon dekat sini, hari ini.
Hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Perlis, Mansor Jusoh dan Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis (PPDNKPK), Salsuriya Selamat.
Md Isa turut meningatkan para pengguna berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan bagi mengelak pembaziran.
Katanya seseorang individu yang menggunakan hak mereka sebagai pengguna boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.
Sementara itu, pelbagai kegiatan sempena sambutan bertemakan "Kuasa Pegguna, I Suara" itu diadakan termasuk program Kepenggunaan Luar Bandar Bersama Masyarakat kawasan Guar Sanji membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: