Friday, August 6, 2010

Obama sambut hari jadi tanpa keluarga


OBAMA melambaikan tangan semasa keluar dari restoran Graham Elliot di Chicago kelmarin.


WASHINGTON - Tidak tahan bersendirian pada hari jadi yang ke-49, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meninggalkan bangunan White House untuk bersama sahabat handai di bandar kelahirannya di Chicago kelmarin.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu kembali 'bujang' sejak beberapa hari lalu apabila wanita pertama AS, Michelle Obama dan anak perempuan mereka, Sasha melawat Sepanyol manakala anak kedua pasangan itu, Malia pula menyertai kem musim panas selama sebulan di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

Namun, sebelum meninggalkan bandar raya ini pada tengah hari kelmarin Obama kembali gembira selepas menerima dua panggilan telefon daripada tiga orang paling disayanginya itu.

"Tak perlu saya mengulas panjang, kedua-dua panggilan telefon itu menceriakan harinya," kata Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs pada satu sidang media di dalam pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One.

Obama menyambut hari jadinya dengan menghadiri makan malam santai bersama beberapa rakan di restoran Graham Elliot di utara Chicago selama tiga jam.

Mereka yang hadir termasuk selebriti Oprah Winfrey dan rakannya, Gayle King di samping beberapa sahabat karibnya serta penasihat kanan White House, Valerie Jarrett.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: