
JOHOR BAHRU - Kemerdekaan membolehkan teknologi baru dikuasai rakyat tempatan.
Begitulah yang dirasai Ketua Jabatan Grafik Komputer dan Multimedia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, Dr. Mohd. Shahrizal Sunar yang turut merasai nikmat kemerdekaan negara.
Katanya, kemerdekaan negara sejak 53 tahun lalu bukan sahaja membuka peluang untuknya menuntut ilmu malah kini menurunkan pula ilmu kepada anak didiknya di universiti malah berbangga kerana generasi muda kini lebih mudah menerima ilmu dan mampu mencipta pelbagai teknologi baru.
"Sebelum ini, kerajaan perlu membelanjakan lebih RM2 juta untuk membeli driving stimulator tetapi kini anak tempatan mampu melakukannya.
"Justeru, kerajaan dapat menjimatkan banyak wang berikutan ia mampu dibeli pada harga RM100,000 sahaja sekarang," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: