Sunday, August 29, 2010

Miss Universe syor cara tahan Osama

NAVARETTE, model dari Guadalajara, Mexico, dimahkotakan sebagai Miss Universe 2010, Isnin lalu.
NAVARETTE, model dari Guadalajara, Mexico, dimahkotakan sebagai Miss Universe 2010, Isnin lalu.
Jelitawan Mexico ceriakan program David Letterman

NEW YORK: Juara ‘Miss Universe’ 2010 dari Mexico, Jimena Navarrette, mempunyai banyak perkara yang mahu dicapai termasuk menangkap pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden, menjadi juri ‘American Idol’ dan membantu aktres terkenal Amerika Syarikat, Jennifer Aniston, mencari kekasih sejati.Jelitawan berusia 22 tahun itu mendedahkan misi peribadinya dalam program ‘Late Show with David Letterman’ apabila muncul menceriakan peminat program itu dengan membaca ‘Top Ten Ways Miss Universe Plans to Make the World a Better Place’ (10 Cara Miss Universe Menjadikan Dunia Lebih Baik).Misi ke-10 beliau ‘memberi inspirasi keamanan dan perpaduan dengan penampilan menggiurkan’. Beliau kemudian menyarankan dirinya sebagai juri terbaru ‘American Idol.’

Misi ke-6 beliau mendapat tepukan paling gemuruh apabila menyatakan: “Saya akan tawar sesi berkenalan kepada pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden. Apabila dia muncul, kita tangkap dia.”

Ada juga misinya yang bernada sinis iaitu misi ke-4 ‘beri apa yang masyarakat dunia perlukan, pewangi selebriti baru.’

Misi ke-3 ‘pulih keamanan dan kestabilan dalam hidup Jennifer Aniston.’ Aktres Amerika itu diketahui ramai masih gagal menemui kekasih sejati sejak berpisah dengan aktor Brad Pitt.
Navarrette menang gelaran ‘Miss Universe’, Isnin lalu sekali gus menjadi peserta kedua Mexico menang pertandingan itu sejak dimenangi Lupita Jones pada 1991.

Navarette juga awalnya muncul dalam program ‘Today’s Show. Dalam rancangan itu, beliau membincangkan kerja amalnya dan membicarakan perasaannya menggondol takhta ‘Miss Universe’ sambil mengakui ia satu tanggungjawab besar.

Antara soalan yang dikemukakan terhadapnya mengenai pertandingan berkenaan sama ada persaingan di kalangan wanita tercantik dunia memberinya tekanan.

Navarette berkata, cabaran utama peserta ialah kekurangan waktu tidur. Katanya, mereka perlu bangun awal bersedia untuk apa jua persembahan.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: