Monday, August 9, 2010

Lumur darah di muka

KETIKA remaja seusia mereka sibuk mengajak rakan membeli-belah, dua beradik, Sara dan Katey Brandenburg pula sibuk mengatur rancangan untuk meraih trofi dalam pertandingan memburu yang disertai mereka.

pix_middle

Jika impian itu tercapai, dia akan menjadi peserta perempuan termuda bagi pemburu kelab eksklusif yang berjaya menembak empat jenis biri-biri gunung dalam masa kurang setahun untuk kejuaraan Grand Slam Amerika Utara.


Namun gadis berkenaan dan kakaknya, Katey, 18, bukan saja memburu biri-biri, malah beruang, antelop dan kuda belang.


Selain itu, pasangan adik beradik berkenaan gemar bergambar dengan haiwan yang menjadi mangsa buruan mereka.


Sara yang mula belajar menembak seawal usia tiga tahun, sudah menjelajah ke seluruh dunia bersama keluarga untuk aktiviti memburu.

Menurutnya, detik paling indah dalam hidupnya ialah ketika dia dapat menembak beruang gergasi di perhutanan Pulau Vancouver di Kanada.


Gadis yang meminati penyanyi Beyonce itu juga mengakui sering melumurkan darah beruang yang ditembak ke mukanya.


Mengulas rakan perempuan di sekolah menganggapnya mempunyai hobi pelik, Sara berkata, mereka tidak gemar dengan kegemarannya yang suka memburu.


“Mereka tidak mahu mendengar cerita bagaimana saya menembak atau membunuh beruang atau biri-biri jantan. Mereka berkata hobi saya menjengkelkan, tetapi rakan lelaki di sekolah kagum dengan keberanian saya.


“Ibu bapa saya memperkenalkan kami dengan aktiviti di luar rumah. Mereka tidak mahu saya dan kakak membesar dengan permainan video sambil mengunyah kerepek kentang,” katanya.


Sara pernah mengembara ke Afrika untuk memburu haiwan eksotik selain merentasi Amerika Utara bagi memburu biri-biri liar.


“Saya seolah-olah jatuh cinta dengan aktiviti memburu apabila berjaya memperoleh buruan pertama saya,” kata Sara.

Dia juga menjelaskan, aktiviti memburu dapat membantu pemuliharaan haiwan melalui peruntukan yuran yang perlu dibayar setiap tahun.


Peruntukan itu dapat membantu masyarakat tempatan menyediakan kemudahan habitat dan kos untuk pemuliharaan haiwan.


“Keluarga saya akan mengambil daging daripada hasil buruan kami sebagai menghormati haiwan itu,” kata Sara.


Keluarga Brandenburg mempunyai ruang pameran seluas 2,000 kaki yang dibina di kediaman mereka bagi mempamer 70 haiwan buruan mereka.


Hasil buruan kebanggaan keluarga itu ialah beruang kutub setinggi 8 kaki 6 inci yang ditembak bapa dua beradik berkenaan, Rod yang turut memiliki kedai senjata. Ibu mereka, Lori, 49, juga gemar memburu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: