![]() |
| LEE JOON |
PELAWAK Jung Ju Ri membongkar perangai sebenar salah seorang anggota kumpulan MBLAQ, Lee Joon dalam program Star Golden Bell.
Dalam sebuah episod yang disiarkan baru-baru ini, Ju Ri mengatakan: "Lee Joon lebih suka mengeringkan peluhnya dengan berdiri di depan penghawa dingin daripada mandi."
Meskipun gadis-gadis memang suka melihat tubuhnya dalam keadaan berpeluh kerana kata mereka dia kelihatan seksi, tetapi dia sepatutnya membersihkan diri selepas itu.
Lee Joon yang turut berada dalam program itu menambah dengan penuh bangga: "Rumah kami sudah seperti tempat pembuangan sampah. Saya paling pengotor antara mereka. Tetapi bagi lelaki, anda akan rasa lebih maskulin apabila anda kotor."
Walaupun begitu, tegas Lee Joon, sebagai idol mereka sentiasa berusaha memperbaiki diri termasuk menjaga kebersihan diri.
"Walaupun kami selebriti, kami juga seperti lelaki biasa cuma kami bukanlah pengotor sepanjang masa, apabila tampil di khalayak untuk bertemu peminat, kami semua akan pastikan kami tampil kemas dan bersih," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: