![]() |
| Mahu mengumpul aset yang banyak sebelum berumah tangga. |
AYA masih tunang kepada Normala Hasan. Saya juga tidak pernah mengatakan hasrat untuk memutuskan ikatan pertunangan yang dimeterai sejak pertengahan tahun lalu.
''Memang benar terdapat sedikit perselisihan faham yang berlaku pada bulan lalu. Apa sebabnya, tidak perlulah saya jelaskan. Ia bersifat peribadi dan biarlah saya menyimpannya.
''Sebab itu, saya mahu melanjutkan tempoh perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada 7 November ini. Itu adalah cara terbaik untuk memperbaiki keadaan dan hubungan kami,'' bicara awal vokalis Lan & The Typewriter pada perbualan Rabu lalu.
Katanya, perkara tersebut sudah pun disuarakan kepada keluarga. Turut dinyatakan alasan kukuh yang menyokong kepada permintaan bekas vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain itu.
Bagi Lan, selagi tiada rombongan rasmi dari keluarganya ke rumah bakal mentua di Johor Bharu, tiada siapa boleh membuat andaian negatif tentang hubungan dirinya dengan ejen pelancongan tersebut.
Justeru, Lan tidak gentar dengan khabar angin yang mengatakan dia memutuskan ikatan pertunangan dengan wanita yang mesra disapa Mala itu
Pada masa yang sama, anak kelahiran Perlis ini menyatakan rasa kesal terhadap pihak yang membuka cerita berkenaan pertunangannya itu.
Bimbang sekiranya ia boleh mengundang pelbagai spekulasi kurang baik. Selain itu, boleh merosakkan hubungan baik antara keluarga dua pihak.
Seboleh-bolehnya, Lan mahu memperisterikan wanita yang berusia 28 tahun itu pada tarikh yang dipersetujui pada sesi perbincangan antara dua pihak pada pertengahan tahun lalu.
Namun tidak disangka ada cabaran yang muncul tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai empat bulan. Di kala sebahagian persiapan perkahwinan sudah pun dilaksanakan.
Pemilik nama Norazlan Rosle memilih pendekatan mudah. Apa sahaja permasalahan yang berlaku di antara dirinya dan Mala merupakan sebahagian dari dugaan buat pasangan bertunang.
''Sekarang ini, barulah saya tahu bahawa dugaan alam pertunangan ini cukup berbeza dibandingkan zaman bercinta. Patutlah orang tua cakap, kalau bertunang, jangan lama-lama. Mungkin ini maksud tersirat yang ingin mereka ketengahkan.
''Tambahan pula, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Sedangkan orang yang berkahwin boleh bercerai, apatah lagi orang yang sedang bertunang seperti saya,'' kata Lan penuh makna.
Bagaimanapun, Lan tidak mahu kenyataan tersebut disalahertikan kerana dia tetap mahu mempertahankan ikatan pertunangan bersama Mala.
Ditanya adakah dengan populariti sebagai anak seni yang disandangnya menjadi faktor berkemungkinan merenggangkan hubungan Lan dengan Mala, sepantas kilat dia menafikan.
''Saya mengenalinya selepas Anugerah Juara Lagu 23 pada tahun lalu. Tidak timbul soal glamor atau tidak kerana saya masih Lan yang dahulu. Saya bekerja keras untuk karier seni ini. Banyak perkara yang saya perlu lakukan bersama The Typewriter sepanjang tahun ini,'' jujurnya.
Tambahan pula, tumpuan dan masa Lan kini difokus kepada kelahiran album mini kedua kumpulan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.

perselisihan pasal tmpat duduk ke?hehe.yg isu tunang artis berlagak ea
ReplyDelete