Wednesday, August 11, 2010

Lagi 22 hotel dapat sijil halal Jakim


ORANG ramai yang ingin berbuka puasa di hotel harus memastikan ia mempunyai sijil halal yang sah. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 hotel di sekitar ibu negara mendapat taraf pensijilan halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini sejak kelmarin.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pemberian sijil halal itu selaras dengan hasrat pihaknya sebelum ini yang mahu mempercepatkan proses berkenaan sebelum menjelang Ramadan.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk hotel-hotel baru yang diberi sijil dan dapur halal daripada jabatan agama Islam negeri-negeri.

"Ia mungkin ada kaitan dengan saranan Jakim yang mahu para pengusaha mendapatkan sijil halal daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri baru-baru ini," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: