
SEMPENA bulan Ramadan, kebanyakan restoran berlumba-lumba menawarkan bufet berbuka untuk menarik perhatian pelanggan yang gemar berbuka di luar.
Terletak di pinggir ibu kota, Restoran Cerana yang terletak di Batu 7, Cheras, Kuala Lumpur menjanjikan suasana yang mendamaikan dengan landskap tumbuhan menghijau.
Selain itu, pengunjung dapat menikmati hidangan bufet ala kampung berlatarkan bunyi desiran air terjun buatan.
Kali ini konsep bufet yang diketengahkan ialah konsep warung yang menampilkan pelbagai masakan kampung.
Chef Noriah Ibrahim yang sudah lapan tahun berkhidmat di Restoran Cerana memberitahu, menu istimewa tahun ini ialah nasi beriani.
"Lebih 60 jenis masakan ala kampung disediakan kepada pengunjung seperti kuih-muih, lauk-pauk, ulam-ulaman, bubur, ikan bakar dan sebagainya," katanya.
Antara menu yang disediakan ialah soto, mi sup, salai lemak rebung dan daging. Selain itu masak lemak siput sedut, asam pedas pari, ayam masak merah, sotong goreng kunyit, nasi beriani, daging kicap berempah, pelbagai jenis ikan bakar dan sebagainya.
Sebanyak 13 warung menyajikan menu yang berbeza-beza seperti warung kuih-muih Kak Tipah, warung Wak Parjo, warung Pak Ali, warung Bilal Khan, warung Cerana tom yam, warung Kak Munah, warung Kak Nab, warung ikan bakar Budin, warung Kak Piah, abc corner, roti John corner, teh tarik atau jus kordial corner dan buah-buahan corner.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: