
GEORGE TOWN - Penganjur Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini kesal dengan dakwaan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) berhubung isu melibatkan 27 peniaga yang dihalang beroperasi sepanjang bulan puasa.
Kelmarin, PDC mendakwa kegagalan penganjur bazar itu, Dewan Perniagaan Komtar (KMA) membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan menjadi punca sebenar masalah tersebut.
Naib Presiden KMA, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, PDC cuba memutar-belitkan fakta bagi menutupi kesalahan sendiri.
Menurutnya, berdasarkan surat yang terima pihaknya bertarikh 6 Ogos lalu, PDC meminta KMA membuat pembayaran pendahuluan sewa sebanyak RM17,500 pada 9 Ogos lalu.
"Jika bayaran perlu dijelaskan pada 9 Ogos (kelmarin), kenapa kontraktor kami dihalang daripada melakukan kerja-kerja pemasangan gerai pada 6 Ogos lalu?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: