![]() |
| Kelengkapan selam skuba |
BAGI penyelam skuba, menggunakan perlatan yang berkualiti amat dititikberatkan. Ini berikutan, peralatan yang berkualiti menjadi jaminan keselamatan ketika aktiviti yang dilakukan memerlukan mereka berada dalam satu situasi kritikal.
Sebagai contoh, jika seorang penyelam skuba melakukan selaman yang menuntut mereka memasuki dalam sebuah kapal karam, ketahanan peralatan amat diperlukan.
Ini berikutan bahagian-bahagian kapal yang sudah lama terendam di dalam air masin itu sudah ada yang berkarat, pecah dan patah yang mengakibatkan ia menjadi tajam dan berbahaya.
Bayangkan apa akan terjadi jika seorang penyelam skuba tergesel pada bahagian-bahagian tajam itu tadi jika peralatan yang digunakan tidak berkualiti dan terjamin.
Malah, ia mampu membahayakan penyelam skuba itu sendiri yang akhirnya turut mengundang maut.
Selain daripada pengalaman dan kursus yang intensif untuk melakukan pelbagai selaman khas, penyelam skuba sepatutnya melengkapkan diri mereka dengan peralatan selaman berkualiti yang mempunyai jaminan penuh daripada pengedar atau pembuat.
Antara peralatan selam skuba yang direka dengan kualiti yang amat tinggi ialah Seac (sebelum ini dikenali sebagai Seac-Sub).
Produk buatan Itali yang sudah alam berada di pasaran sejak 1971 ini kini memasuki perkembangan evolusi teknologi dalam setiap reka bentuk peralatan selam skuba mereka.
Bagi yang mementingkan ketahanan tetapi tidak mahu berbelanja besar, Seac mencadangkan agar mereka menggunakan jaket selam (BCD) Resort SWS.
Resort SWS direka-bentuk dengan karakter apungan terbaik selain melalui pemeriksaan standard selain mematuhi pensijilan EC.
Potongan anatomik pada Resort SWS diilhamkan untuk kegunaan penyelam rekreasi yang mahukan satu BCD yang ringkas tetapi tidka berkompromi dari segi kualiti.
Diperbuat daripada bahan PU-coated Nylon 420 D, BCD ini mempunya tiga injap buangan manual selain penyangkut D daripada bahan technopolimer.
Lebih menarik, BCD ini hanya mempunyai berat 3.4 kilogram (saiz L) termasuk hos dan juga poket pemberat.
Bagi regulator pula, penyelam boleh memilih untuk menggunakan M-Synchro yang terkenal dengan penyaluran aliran bekalan udara yang amat lancar.
M-Synchro yang turut dilengkapi dengan sistem Pre-Dive/Dive memberikan kemudahan kepada penyelam untuk memilih aliran udara yang diperlukan.
Selain itu, butang penyingkiran udara mudah ditekan untuk digunakan pada waktu kecemasan selain getah pemipit direka bentuk lebih panjang bagi keselesaan rahang untuk menggigit dalam tempoh lama.
Peranti peringkat pertama M-Synchro diperbuat daripada bahan krom bersadur yang kalis karat.
M-Synchro yang mempunyai dua lubang tekanan tinggi dan empat lubang tekanan rendah ini merupakan membran seimbang untuk keselesaan selaman.
Untuk mendapatkan kelancaran aliran udara, M-Synchro boleh dipadankan dengan Octo Synchro untuk peranti peringkat kedua kecemasan dan pengukur SPG Consolle 2.
Bagi topeng muka pula, penyelam boleh menggunakan topeng muka tanpa bingkai X-Frame.
Topeng muka ini mampu memberikan ruang lihat lebih lebar ketika selaman yang akan memudahkan pengguna memerhati keadaan sekeliling tanpa terbatas dengan darjah penglihatan yang sedikit.
Diperbuat daripada silikon X-Frame mampu memberikan kepuasan kepada penyelam termasuk jurufoto selam skuba.
X-Frame boleh dipadankan dengan snorkel Fast Tech yang diperbuat daripada bahan silikon teguh yang mempunyai reka bentuk untuk mengurangkan kemasukan air ketika melalui kawasan ombak besar.
Melengkapkan semua ini, Seac turut mencadangkan penyelam di kawasan sub-tropika menggunakan sut selam Body Fit yang hanya mempunyai ketebalan 1.5 milimeter sahaja.
Diperbuat daripada bahan neoprena, Body Fit, selari dengan namanya, memberikan keselesaan kepada pengguna ketika memakai sut selam ini ekoran pengunaan bahan neoprena yang licin dan ringan.
Bagi memberikan keselesaan jitu, kawasan lengan dan juga leher diwujudkan getah pergelangan yang tidak akan 'mencekik' bagi membolehkan perjalanan darah menjadi lancar dalam apa jua kedalaman.
Seolah-olah sebagai kulit kedua, Body Fit melekap pada badan dengan sempurna dan selesa.
Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.seacsub.com atau menghubungi pengedar tunggal Seac di Malaysia, Universal Fitness and Leisure (UFL) di www.ufl.com.my atau 03-62759544.
Penyelam juga boleh mengunjungi lebih sembilan pusat sehenti kelengkapan aktiviti luar UFL Outdoors di seluruh Malaysia atau menghubungi cawangan Bangsar di 03-22825721.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: