![]() |
| BUSANA sopan yang berkonsepkan Asia Barat simbolik kepada kesengsaraan penduduk Gaza. |
NAMPAKNYA perubahan aliran rekaan konsep busana anggun (haute couture) kepada konsep muslimah dan sopan hasil kreativiti pereka Hatta Dolmat cukup berbaloi. Jika sebelum ini pereka kelahiran Kuala Sungai Baru, Melaka itu popular dengan rekaan koleksi dres dan busana pengantin tetapi kini Hatta berjinak-jinak mereka pakaian yang sopan.
Semuanya berpunca daripada impak paparan media tempatan dan antarabangsa mengenai kesengsaraan hidup masyarakat di Gaza, Palestin. Peperangan, pembunuhan dan penindasan yang dialami oleh penduduk di kawasan tersebut memberi ilham kepadanya untuk tampil dengan koleksi pakaian berkonsep Asia Barat.
"Sedih apabila mengenangkan nasib malang yang menimpa mereka. Sebagai memperingati kesengsaraan mereka saya tampil dengan koleksi muslimah bertemakan kasyaf.
![]() |
| WANITA perlu berani bergaya dengan persalinan kaftan warna terang. |
"Kasyaf sesuai digayakan untuk majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan dan ketika menunaikan solat tarawih. Sebanyak 12 koleksi busana kasyaf diperbuat daripada fabrik yang menyerap haba seperti lycra dan sifon," jelas Hatta kepada Stailo mengenai busana Kasyaf yang terdiri daripada dres kaftan pelbagai potongan.
Dres labuh
Menjelas lanjut tentang koleksi kasyaf, Hatta menyatakan dia sengaja memilih konsep kaftan potongan dres labuh.
Kasyaf bukan sahaja cantik digayakan oleh wanita bertudung malah tampak elegan dan sopan buat wanita yang tidak bertudung.
Enggan membiarkan wanita tampil bersama kaftan polos, Hatta menyerikan koleksi kasyaf dengan hiasan manik mewah dan batu permata. Dari segi warna, Hatta cuba mengelak menggunakan rona gelap atau satu rona saja.
Menyedari wanita tempatan semakin berani dan bijak menggayakan busana berwarna terang dan ceria, Hatta menggunakan warna palet seperti biru, hijau, ungu, merah dan merah jambu.
![]() |
| RONA hijau cukup sinonim dengan suasana Ramadan dan hari lebaran. |
"Industri fesyen tanah air ketika ini menawarkan seleksi busana kaftan. Cuma yang membezakan di antara kaftan koleksi Hatta Dolmat dan jenama lain ialah dari aspek rekaan, potongan dan teknik jahitan.
"Sebagai pereka yang selalu bermain dengan teknik jahitan untuk gaun couture, jiwa bereksperimen itu bagaikan sudah sebati. Walaupun menghasilkan kaftan saya tetap berusaha menampilkan teknik jahitan yang elegan dan mewah. Bagi koleksi kasyaf, saya memilih teknik beralun," ujar Hatta bahawa mereka yang berminat berpeluang menempah koleksi Kasyaf ataupun membeli busana Kasyaf siap dijahit.



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: