Monday, August 9, 2010

Jangan bimbang bayar zakat guna SMS


SISTEM pembayaran zakat menerusi SMS masih mendapat sambutan dingin walaupun ia sudah diterima pakai oleh pihak berkuasa agama di seluruh negara.


KUALA TERENGGANU - Kaedah pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang semakin meluas digunakan oleh pihak berkuasa agama di seluruh negara tidak perlu diragui oleh umat Islam.

Malah, bagi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS yang dikendalikan Celcom Malaysia Berhad (Celcom) itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik.

"Umat Islam tidak perlu was-was untuk menggunakan kaedah ini.

"Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: