Sunday, August 8, 2010

Itu semua fitnah – Sheila Abdul




BARU-baru ini Syed ada menerima kiriman SMS daripada seseorang. Puluhan SMS yang dihantar semuanya berkaitan dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Mungkinkah ini.

Syed cadang nak siarkan sahaja SMS itu tapi takut pula ada yang terkejut badak nanti. Tapi pihak tersebut bercerita kononnya penyanyi Sheila Abdul ada mengganggu rumah tangga orang.

Tak cukup dengan itu, pengirim itu juga mendakwa Sheila Abdul penyanyi yang tak popular, lambat naik dan yang paling mengejutkan mengganggu rumah tangganya sejak tiga tahun yang lalu semasa tinggal di Johor Bahru.

Paling mengejutkan Syed apabila pengirim tersebut tidak akan mengampunkan dosa Sheila kerana mengganggu suaminya dan berdendam sehingga liang lahat!

Aduh, seram pula Syed dengar cerita sebegini. Tapi bila dirisik pengirim tersebut enggan mendedahkan butiran lanjut kerana sudah diberi amaran oleh seseorang yang Syed sendiri tak pasti.

Ketika menghubungi Sheila untuk mendapatkan cerita lanjut, dia ternyata terkejut dengan berita yang disampaikan dan menganggap itu semua cubaan untuk menutup periuk nasinya.

“Kenapa buat cerita sampai begitu sekali. Popular atau tidak saya tidak pernah mengganggu rumah tangga orang. Sampai hati mereka buat cerita begitu.

“Kalau betul cerita tersebut, kenapa tak tampil ke depan? Kenapa cakap belakang-belakang dan buat fitnah kepada saya begitu sekali?

“Lagi satu tolong bagi tau dekat dia saya tak mahu suami orang. Lebih baik saya kacau yang bujang yang dah tentu-tentu bujang,” jelasnya.

Sabarlah Sheila. Kalau dah namanya artis, memang dah jadi lumrah cerita-cerita begini akan timbul. Pesan Syed jaga diri baik-baik.

Syed: Selamat menyambut Ramadan kepada semua umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: