Thursday, August 26, 2010

Istimewa "Tudung Ekspres" Sempena Ramadan

Pelakon-pelakon Tudung Ekspres

KUALA LUMPUR: Setelah ke udara sebanyak tujuh episod, drama bersiri Tudung Ekspres akan menampilkan siri istimewa sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri sebanyak dua episod.

Drama yang mengisahkan perjalanan hidup empat wanita bertudung di bulan Ramadan dan detik-detik menarik menjelang satu Syawal melalui dua episod khas diterbitkan sempena bulan mulia ini.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata episod istimewa ini disebabkan sambutan baik penonton terhadap drama ini sejak episod pertama disiarkan.

"Drama Tudung Ekspres merupakan salah satu drama di saluran Astro Prima yang mendapat sambutan penonton. Oleh itu sempena Ramadan dan Syawal ini dua episod khas akan disiarkan.

"Jalan cerita dan kebanyakan isu yang dipaparkan dalam tudung Ekspres diolah dan disesuaikan sebaik mungkin dengan perkembangan watak yang ditonjolkan dalam drama ini," katanya.

Selain itu, drama ini juga memperlihatkan Garnier sebagai penaja utama.

Melalui siri ini, Ganier berharap dapat menampilkan peranannya sebagai jenama kecantikan yang prihatin dan bertanggungjawab, selari dengan nilai-nilai penting yang ditunjukkan dalam episod Tudung Ekspres.

Dua episod istimewa ini bakal menemui penonton pada 26 Ogos dan 2 September pada hari Khamis, jam 9.30 malam menerusi Astro Prima.

1 comment:

  1. elehh.. bila ramadhan dan syawal baru beria nak pakai tudung.. publisiti..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: