![]() |
| GAMBAR menunjukkan sebuah jet pejuang F-35 buatan Lockhead Martin. |
BAITULMUQADDIS - Kementerian Pertahanan Israel meluluskan pembelian 20 buah jet pejuang terbaru F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$4 bilion (RM12.7 bilion).
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam satu kenyataan semalam berkata, kelulusan pembelian tersebut turut meliputi alat-alat ganti dan khidmat jaminan dibiayai menerusi dana bantuan tentera AS kepada rejim Israel.
Pesawat yang dikeluarkan firma AS, Lockhead Martin itu turut dikenali sebagai jet pejuang pelbagai fungsi selain ia tidak mampu dikesan oleh sistem radar musuh yang disifatkan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan nuklear Iran.
Barak mendakwa pembelian jet canggih dengan kelajuan maksimum 1.67 Mach atau 2,065 kilometer sejam itu diperlukan bagi melindungi kedaulatan ruang angkasa Israel.

aku pasti walau kaya mane israel lakhnat ini, 1 hari israel lakhnat ini tetap akan menghadapi zaman KEJATUHAN..!!! AMIN...
ReplyDeleteini semua sbb sumbangan (IMF) Bank Dunia...
ReplyDeleteberi bekalan pada israel,siapa dpt jawab
pd tahun 1989 kewangan israel hanpir sama dgn
A.S? 1 je jawapan..org Atasan A.S membekal U.S Dollar pada israel secara sembunyi..
mereka cuma perlu memutarbelit fakta m'jadi outta
tu kita kena fight untuk menjatuhkan dorang..tp masalah negara2 arab pun mmusuh sesama sendiri..islam ngan islam pun gaduh.tak support agama sendri.satu demi satu negara islam di takluki..sampai bila kita nak dok harap dorang jatuh kalau kita tak usaha nak tolong..
ReplyDelete